Tiga Kadet Polis SMK SANZAC terpilih untuk mewakili Kontinjen Sabah ke peringkat Kebangsaan di Selangor.

Skuad Elit Kadet Polis SMK SANZAC sekali lagi telah mengharumkan nama SMK SANZAC pada tahun ini. SMK SANZAC telah menghantar wakil ke Perkhemahan peringkat Negeri di Tagal, Kampung Karangan Beaufort pada 25 April 2019 sehingga 29 April 2019 yang lalu. Seramai 26 ahli kadet dan 2 orang guru pengiring yang telah mengikuti perkhemahan tersebut.

Sebanyak 22 daerah yang mengambil bahagian, termasuk MRSM. Kontinjen dari daerah Kota Kinabalu mendapat Naib Johan dalam acara kawad berpasukan yang diketuai oleh SJN/K Mohd Hazzi Bin Halim, seorang kadet polis dari SMK SANZAC. Dalam acara kawad individu lelaki pula SJN/K Mohd Hazzi Bin Halim telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.

Faktor daripada kejayaan yang diperolehi di Perkhemahan Peringkat Negeri, 5 orang ahli dari kontinjen Kota Kinabalu telah terpilih untuk mewakili Kontinjen Sabah ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di Selangor. Ahli kadet dari SMK SANZAC yang terpilih untuk mewakili kontinjen Sabah ialah Mohammad Hazzi Bin Halim (5 Semarak), KPL/K Nur Fadzlyana Rusyadah Biti Rozaidi (4 Teratai) dan KPL/K Mohd Amirul Adzrim Bin Redzme (4 Teratai) dan 2 orang lagi adalah kadet dari SMK Tebobon .

Latihan pusat telah dijalankan di SMK Limbanak pada 24 Julai 2019 sehingga 12 Julai 2019.

Kontinjen Sabah berangkat ke Selangor pada 15 Julai 2019 sehingga 21 Julai 2019. Kontingen ini diiringi DSP/K Sudirman Sinti dari SMK SANZAC.

Diharapkan Kontingen Sabah akan kembali membawa pulang kejayaan yang diimpikan.

 

Spread the love

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of