Majlis Penutupan Bulan Bahasa SMK SANZAC 2019

Majlis Penutupan Bulan Bahasa SMK SANZAC 2019

Majlis Perasmian Penutupan Bulan Bahasa SMK SANZAC 2019 telah diadakan pada 11 Julai 2019 (Khamis) di Dewan Sri Gemilang SMK SANZAC. Majlis ini diadakan untuk meraihkan pelajar-pelajar yang telah memenangi pertandingan yang mereka telah sertai pada Bulan Bahasa SMK SANZAC. Pertandingan telah dianjurkan oleh 5 Panitia di bawah Bidang Bahasa iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Perancis, Panitia Bahasa Kadazan Dusun dan Panitia Bahasa Arab.

Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada Pengerusi Majlis, diikuti dengan penyampaian hadiah para pemenang bagi pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan oleh semua panitia oleh Ketua Bidang Bahasa SMK SANZAC, Encik Mohd Othman Yunus. Majlis juga turut diserikan dengan persembahan dari beberapa pertandingan yang telah dianjurkan. Majlis diakhiri dengan titipan doa kepada dua pasukan pelajar SMK SANZAC yang akan mewakili Negeri Sabah ke pertandingan Pesta Pantun dan juga CAKNA bagi peringkat Kebangsaan.

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Melayu:

Pertandingan mendeklamasikan sajak.

Pertandingan melagukan syair.

Pertandingan koir.

Pertandingan menulis teks ucapan Hari Guru.

Pertandingan drama komsas.

Pertandingan pesta pantun.

Pertandingan syair.

Pertandingan forum.

Pertandingan pidato.

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Inggeris:

Poster Drawing Competition (Theme: Kindness)

English Corner Competition

Story-Telling Competition

Spelling-Bee Competition

SANZAC GOT Talent Competition

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Perancis:

Pertandingan La Lecture (Membaca) Bahasa Perancis

Pertandingan La Dictee (Mengeja) Bahasa Perancis

Pertandingan L’expose de la gastronomie francaise (Pembentangan Makanan Perancis)

Pertandingan La Mode Francaise (Fesyen Perancis)

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Kadazan Dusun:

Pertandingan Kuiz Kadazan Dusun Tingkatan 1

Pertandingan Kuiz Kadazan Dusun Tingkatan 2

Pertandingan Kuiz Kadazan Dusun Tingkatan 3

 

Pertandingan di bawah anjuran Panitia Bahasa Arab:

Pertandingan Hiwar.

Pertandingan Kuiz Bahasa Arab.

 

 

  

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply