Perkongsian Amalan Inovasi

Perkongsian Amalan Inovasi

22 Jun – SKC Anglo Chinese Kota Kinabalu telah dijemput oleh SJK(C) Shan Tao untuk mengadakan pameran Perkongsian Amalan Inovasi / Kebitaraan Antara Sekolah sempena Hari Ibu Bapa di SJK(C) Shan Tao. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai amalan inovasi / perkongsian kebitaraan sekolah kepada murid-murid SJK(C) Shan Tao. Dengan itu, sekolah telah menghantar 2 kumpulan murid yang terdiri daripada Tahun 5 dan 6. Seramai 3 orang murid Tahun 5 dan 3 orang murid Tahun 6 menyertai pameran tersebut. 3 orang murid Tahun 6 tersebut akan mewakili sekolah untuk bertanding di Kedah pada bulan Julai manakala 2 orang murid Tahun 5 pula akan bertanding di Melaka pada bulan Ogos akan datang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply