Anugerah Platinum, Emas dan Perak dimenangi oleh Guru Inovasi dari SMK BANDARAYA Kota Kinabalu dalam Karnival ‘Mai Tah Bainovasi’ WP Labuan Peringkat Kebangsaan 2019

Anugerah Platinum, Emas dan Perak dimenangi oleh Guru Inovasi dari SMK BANDARAYA Kota Kinabalu dalam Karnival ‘Mai Tah Bainovasi’ WP Labuan Peringkat Kebangsaan 2019

Tarikh: 26-27 April 2019

Masa:8.00 pagi-5.00 petang

Tempat: Wilayah Persekutuan Labuan

Karnival ‘Mai Tah Bainovasi’ WP Labuan Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di ruang legar Ujana Kewangan, Labuan telah menyaksikan beberapa anugerah kejayaan yang di raih oleh beberapa orang wakil guru berinovasi dari SMK Bandaraya Kota Kinabalu.

Anugerah yang diperoleh ialah:

ANUGERAH PLATINUM KATEGORI SEKOLAH MENENGAH (PROFESIONAL) & PINGAT EMAS
? Rotactor Gold ( Cikgu Nadia Richard & Cikgu Norallysham bin Stoh)

PINGAT EMAS
? LENG-AT (Cikgu Hanita Ladjaharun)

PINGAT PERAK
? GRAMMILLION+TARSIA (Cikgu : Stella, Sharon, Celestina)

PINGAT PERAK
?TaxC Book: Tax Calculation Book (Cikgu: Theresa Au & KH Zurizal Jaman)
? TRUE MATCH (Cikgu: Hanita, Osman)
? IPRO SEJARAH (Cikgu Hanita Ladjaharun)
?EASY KBAT FOR HISTORY (Cikgu: Hanita, Chin)
? History Flip And Board Writing (Cikgu: Hanita, Suzanah)

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Amin bin Senin. ” Inovasi adalah salah satu cara pendekatan yang dapat membantu memudahkan pembelajaran dan perkembangan murid “, demikian ucapan beliau semasa merasmikan Karnival ‘Mai Tah Bainovasi’ WP Labuan Peringkat Kebangsaan 2019 yang berlangsung di ruang legar Ujana Kewangan, Labuan.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua guru inovasi SMK Bandaraya Kota Kinabalu yang terlibat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply