(INANAM: 16 MAC 2019): Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Inanam Laut (SKIL) 2019 telah dirasmikan oleh YB Azhar Bin Datuk Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, merangkap ADUN N.12 Karambunai.
Beberapa aktiviti telah dijalankan sebagai slot pengisian mesyuarat agung PIBG 2019. Antaranya,
1) ceramah kesihatan
2) cabutan tiket bertuah
3) penyampaian sumbangan hadiah galakan kepada murid (MTC) UPSR 2018
Ceramah Kesihatan
Sumbangan hadiah galakan murid (MTC) UPSR 2018
Dalam Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2019-2020, YDP encik Irwan bersama barisan AJK lama masih mengekalkan jawatan masing-masing setelah undian sebulat suara dari ahli-ahli yang hadir.