2 Murid SK Inanam Dua Peroleh Tempat ke-2 dan ke-3 MTQ Daerah Kota Kinabalu

2 Murid SK Inanam Dua Peroleh Tempat ke-2 dan ke-3 MTQ Daerah Kota Kinabalu

Pada 16hb Mac 2019 telah berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Kota Kinabalu di SMK Tobobon. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Che Noor Mazlan bin Che Mohd Noor, Penolong Pengarah (Unit Kurikulum) selaku wakil Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam.

Adik Muhammad Aideel Arswandy bin Arsad dari kelas 6 Berlian telah mendapat tempat Naib Johan dalam Pertandingan bercerita Kisah Al-Quran (L).

Adik Wan Khadijah binti Wan Mohd Fatihilkamal telah mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Hafazan Sekolah Rendah (P).

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua murid SK Inanam Dua kerana telah mengharumkan nama sekolah dan tahniah kepada semua guru pembimbing yang telah berjaya melatih mereka sehingga memperoleh kejayaan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply