Kadet Bomba SMKA Tun Ahmadshah mewakili BBP KK Johan Pertandingan Kawad Zon 1 Sabah, 2019.

Kadet Bomba SMKA Tun Ahmadshah mewakili BBP KK Johan Pertandingan Kawad Zon 1 Sabah, 2019.

Pada 13 Mac 2019, Pertandingan Kawad Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia peringkat Zon 1 Sabah telah diadakan di SMK Limbanak, Penampang. Sekolah-sekolah yang terlibat dengan pertandingan ini mewakili Balai Bomba Kota Kinabalu (Sembulan), Balai Bomba Lintas, Balai Bomba Tuaran dan Balai Bomba Penampang.

Kadet Bomba SMKA Tun Ahmadshah seramai 14 orang telah mewakili Balai Bomba Kota Kinabalu bersama kadet bomba dari SMK Sanzac, SMK Perempuan Likas, SM Shan Tao, SMK Likas dan SM Lok Yuk.

Sebanyak 7 acara dipertandingkan dan Pasukan Kadet Bomba Balai Bomba Kota Kinabalu telah berjaya merangkul Johan melalui 4 acara iaitu Ikatan dan Simpulan, Brain and Brown Challenge Lelaki, Brain and Brown Challenge Perempuan dan Kawad Kering Perempuan.

Dengan keputusan tersebut telah melayakkan Pasukan Kadet Bomba Balai Bomba Kota Kinabalu menjadi Johan Keseluruhan Pertandingan Kawad Kadet Bomba Peringkat Zon 1 Sabah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply