Alhamdulillah..Pelajar SMKA Tun Ahmadshah, Mohd Normokhlis Bin Naim antara Pelajar Terbaik SPM 2018 Negeri Sabah.

Alhamdulillah..Pelajar SMKA Tun Ahmadshah, Mohd Normokhlis Bin Naim antara Pelajar Terbaik SPM 2018 Negeri Sabah.

Tiada ucapan yang lebih baik untuk diungkapkan melainkan rasa puji dan syukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat dan kurniaan-Nya dengan berita Pengumuman rasmi SPM 2018 baru-baru ini bertempat di SMK Lok Yuk, Likas.

Pengumuman yang disampaikan sendiri oleh Y.Bhg Puan Mistirine Binti Radin, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah telah dihadiri beberapa buah sekolah yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam SPM tahun 2018 yang lepas.

Pelajar SMKA Tun Ahmadshah, Mohd Normokhlis Bin Naim telah diumumkan antara Pelajar Terbaik Negeri Sabah dengan mendapatkan keputusan 11 A dalam semua matapelajaran. Anak ke-6 daripada 8 orang adik beradik ini melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan berterima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, warga sekolah dan rakan-rakan kerana telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini.

Disamping itu, SMKA Tun Ahmadshah juga turut diumumkan antara sekolah terbaik di negeri Sabah dengan menduduki tangga ke-4 daripada 10 sekolah terbaik dengan gred purata sekolah, GPS 2.70 . Seramai 5 orang pelajar yang telah mendapat 11A dalam semua mata pelajaran. Manakala, di peringkat kebangsaan, sekolah ini menduduki tangga ke 23 daripada 228 bagi kategori SMKA/SABK.

Mudah-mudahan, pencapaian pada tahun 2018 ini memberi impak yang lebih baik untuk tahun 2019. Terima kasih yang tidak terhingga kepada PPD KK, PIBG sekolah dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan pencapaian SPM 2018 ini.

Terima kasih.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply