Majlis Pelancaran Cakna Peringkat Kebangsaan 2019

Majlis Pelancaran Cakna Peringkat Kebangsaan 2019

28/01/2018 (Isnin) – Majlis Pelancaran Cakna Peringkat Kebangsaan 2019 telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin bertempat di Dewan Pride, SMK Tebobon. SMK Tebobon dipilih menjadi tuan rumah bagi pelancaran tersebut dilancarkan serentak di seluruh negara dan ianya disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik.  Sehubungan dengan itu, Datuk Dr Amin Senin melawat rumah pelajar cemerlang iaitu, Sharleenah Sakka sebagai pengisian bagi program tersebut.

Selain itu, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Dr Amin Senin berkata pelaksanaan program tersebut seharusnya tidak hanya tertumpu kepada pelajar yang bermasalah sahaja tetapi juga dikembangkan kepada pelajar yang memberikan sumbangan kepada sekolah. Tambahnya sekolah perlu melaksanakan dengan tujuan bagi merapatkan hubungan ibu bapa dengan kementerian dan hargai mereka dalam usaha membantu sekolah.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply