SK Inanam Dua berjaya mendapat 1 Perak dan 3 Gangsa dalam AMO2018

SK Inanam Dua berjaya mendapat 1 Perak dan 3 Gangsa dalam AMO2018

4 orang murid tahun 2 dan 3 (2018) telah mendapat Pingat Perak dan Gangsa dalam Pertandingan American Mathematic Olympiad (AMO) 2018.

Keputusan telah dikeluarkan pada 4 Januari lalu dan penyampaian sijil kepada 21 orang peserta Pertandingan AMO 2018 telah diberikan semasa perhimpunan mingguan pada 7 Januari 2018.

Pemenang pingat perak, adik Sophie Aurora binti Malfaid telah diwakilkan oleh bapanya sendiri, Malfaid kerana adik Sophie kini telah berpindah ke SK Mutiara, Kota Kinabalu.

Penyampaian sijil penyertaan ini disampaikan oleh Encik Zhamzamiee bin Ghulam Rasul, Penolong Kanan Ko-kurikulum.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply