Pertandingan Inovasi dan Kreativiti & Pesta “Upcycling Projects” SMK SANZAC

Pertandingan Inovasi dan Kreativiti & Pesta “Upcycling Projects” SMK SANZAC

Tarikh : 30 Ogos 2018

Hari     : Khamis

Masa   : 7.00 pagi hingga 12.30 petang

Guru yang terlibat: Dr. Shirley Tay Siew Hong, Hjh. Noraini binti Abdullah, Awang Daramat bin Awang Mattiasin, Sapri Bin Lakim, Sofizul Anizam bin Yusof, Ong Ai Chin, Lim Yi Wei, Surin Jalaluddin, Noorihan Saigan, Samantha Easther Faurillo, Nowenna Willie D. Tamsin, Quek Lee Sin, Irwan Hasyimi B. Md. Nor, Abd. Wahab Ibrahim, Booy Sylvester, Joseph Runggas, Lee Su Tat, Suzana Md. Zain, Sylvia Edwin Boklin, Anisah Ali, Wong Leh Ing , Nazarina Md. Noor, Mitchelle Perera, Natassya Lau, Noor Iediana binti Ahmad, Roziah binti Rusdin, Lorina Ingging, Edia Anak Donald, Emma Francisca Luis, Ustaz Hafiz Datuk Hamzah, Nur Syafiqah Sandra Abdullah, Alfian Bin Dualin, Suzanah Jumat, Kamsiah binti Durin, Vivien Liew

Sebanyak 62 produk inovasi telah menyertai Pertandingan Inovasi dan Kreativiti dan Pesta ”Upcycling Projects” pada tahun ini. Salah satu ciri keistimewaan inovasi-inovasi yang dipertandingkan adalah semua produk yang dihasilkan berasaskan bahan kitar semula seperti botol plastik.

Seramai 10 orang hakim daripada pelbagai agensi telah dijemput khas untuk menilai setiap produk inovasi yang dihasilkan oleh peserta-peserta pertandingan. 10 orang Hakim ini terdiri daripada Tuan Azmy Hj. Ahmad (Ketua Hakim) , Tuan Hj. Janis bin Abdullah, Cik Cynthia C. James, En. Iskandar bin Ahmad, Dr. Syahruddin Hj. Ag. Ahmad, Dr. Khoo Chwee Hoon, Tuan Noor Salleh bin Tamanong, KOL. (PA) Dr. Mohamad Nizam Bin Nazarudin, Puan Ong Ai Chin dan Encik Kuit Vui Ket.

Produk inovasi ditempatkan di empat bilik yang berbeza dan dua orang hakim bertanggungjawab menilai dan mengadili produk yang ditempatkan di setiap bilik semasa sesi Penilaian Fasa 1. Ketua Hakim bersama Tuan Hj. Janis bin Abdullah, Yang Dipertua PIBG, SMK SANZAC pula berpeluang untuk melihat semua produk inovasi yang dipamerkan.

Sebanyak 16 produk yang dipertandingkan layak menerima anugerah iaitu satu penerima anugerah Platinum, tiga penerima anugerah Emas, tiga penerima anugerah Perak, tiga penerima anugerah Gangsa dan enam penerima Saguhati.

Lagu tema Hari Kebangsaan 2018 “Kita Punya Malaysia” dendangan Puan Nowenna Willie D. Tamsin mengakhiri Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah sempena Pertandingan Inovasi dan Kreativiti & Pesta “Upcycling Projects” 2018.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply