Pada 8 Ogos 2018, cikgu Lim Yi Wei bersama dengan dua orang pelajar iaitu adik Nursalwani (5B) dan adik Nizar Mustaqeem (5B) telah dijemput ke Youth Talk #ENDviolence in school: Safe to Learn yang berlangsung di Digi Head Quarters, Shah Alam. Program ini merupakan salah satu inisiatif #StandTogether bertujuan memupuk kesedaran dalam kalangan murid supaya membuat kebaikan di pelbagai lapisan masyarakat dan juga sebagai salah satu usaha dan sokongan KPM-UNICEF Malaysia memastikan persekitaran yang selamat di sekolah. Program ini menyediakan platform bagi murid dan para belia berbincang dan bertukar pendapat mengenai isu buli yang semakin meningkat dan tindakan yang positif yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah dan masyarakat. Perbincangan Youth Talk ini dihadiri oleh beberapa panel jemputan khas iaitu, Yang Berhormat,  Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen), Yang Berhormat, P. Prabakaran (Ahli Parlimen), Choi Si Won (UNICEF Special Representative dari Republik Korea) dan Lisa Surihani (UNICEF Office Malaysia Ambassador).

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan