#StandTogether – SMK SANZAC Top Ten Peringkat Kebangsaan Mewakili SABAH

#StandTogether – SMK SANZAC Top Ten Peringkat Kebangsaan Mewakili SABAH

Tarikh: Bermula sejak 2 April 2018

Tempat: SMK SANZAC

Penganjur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Peringkat: Kebangsaan

Bidang: Pengurusan

Nama Guru Pembimbing: Dr. Shirley Tay Siew Hong, Awang Daramat b. Awang Mattiasin, Surin binti Jalaluddin, Katriani binti Majohn, Mushariani bt. Ismail, Siti Salbiah bt. Jainal, Suzanah bt. Jumat, Lim Yi Wei, Liew Kim Sin, Azmahiyah bt. Ad. Rahman, Kamal b. Buyong, Siti Aliah bt. Ismail, Pavindran A/L Krishnan, Kuit Vui Ket

Program #StandTogether berobjektif untuk mewujudkan budaya baik hati dan saling memahami dalam kalangan pelajar, guru, kakitangan sekolah dan juga komuniti di luar sekolah.

Program #StandTogether ini diadakan sempena Minggu Baik Hati Peringkat Kebangsaan. Duta selebriti kempen #StandTogether iaitu Ann Osman bersama-sama wakil pihak R.AGE, The Star, dan 100% Project telah melawat sekolah kita pada hari tersebut kerana proposal pertandingan #StandTogether SMK SANZAV telah terpilih sebagai top 10 yang terbaik seluruh Malaysia. Mereka turut melihat aktiviti-aktiviti hasil idea pelajar yang tersenarai dalam proposal pertandingan #Standtogether seperti Mural #StandTogether, Speakers’ Corner, Act it Out dan solat berjemaah.

TAHNIAH SMK SANZAC KERANA BERJAYA MEMASUKI PERINGKAT AKHIR!

TOP TEN KEBANGSAAN MEWAKILI SABAH!

Memperkenalkan cabaran kebaikan kepada pelajar.


Atlit MMA Ann Osman dan pengasas bersama Andrew Yong muncul di perhimpunan sekolah kami.

Murid sekolah menjalankan aktiviti “Plogging”di kawasan Taman Sempelang.

Sekumpulan murid bercakap tentang kebaikan untuk mengelakkan buli di sudut “Speaker’s Corner”

semasa rehat di kantin sekolah.

Pelajar dan Guru bekerjasama untuk menghasilkan mural sekolah tentang berdiri bersama-sama menentang buli. Slogan utama kami adalah “Be a Buddy, not a Bully”.

Nota tentang amalan kebaikan kepada pelajar dan guru.

Poster amalan kebaikan.

Guru makan bersama pelajar di kantin sekolah.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply