ST.JAMES RAIH TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT DALAM PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN

ST.JAMES RAIH TEMPAT KETIGA DAN KEEMPAT DALAM PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN

 

30 September 2021-  Kelab Robotik SJK(C) St.James telah berjaya menduduki tempat ketiga dan keempat dalam pertandingan “Online National Robotics Competition (ONRC) 2021”. Pertandingan ini merupakan anjuran KPM dan Sasbadi dan merupakan pertandingan peringkat kebangsaan.

Kumpulan B yang terdiri daripada Jehan Kaden Khan, Ethan Lee Yii Yang dan Jotano Lim Rui Zheng telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ini. Manakala, kumpulan A yang terdiri daripada Greg Wong Liang Jie, Jordon Juniour Chang Kai Jie, Ignatius Chong E Noch telah memenangi tempat keempat.

Syabas dan semoga St James terus cemerlang di peringkat yang berikutnya!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply