Tahun 2020 merupakan tahun yang agak mencabar bagi seluruh warga kementerian Pendidikan Khasnya sekolah berikutan wabak Covid-19, kesannya pelbagai aktiviti yang dirancang tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan. Namun, pihak sekolah menaruh harapan yang tinggi untuk merealisasikan program kali ini menerusi kaedah yang semakin popular. Kaedah ini bukan saja selamat dan mengekang penularan wabak, malah ia lebih memudahkan komuniti sekolah untuk menyaksikan acara dari rumah masing-masing yang julung-julung kali diadakan secara siaran rakaman pada 18 Disember 2020 (Jumaat) jam 8.30 pagi.
Tidak dinafikan segala persiapan untuk menghasilkan rakaman lebih awal memerlukan komitmen yang sangat tinggi tanpa mengira masa dari segi pengumpulan data, suntingan video dan penggunaan perisian siaran. Pihak sekolah sangat bersyukur atas Kerjasama padu yang diberikan oleh barisan guru dan Team ICT sekolah sehingga siaran Majlis berjalan lancar.
Dalam proses menghasilkan video tersebut, team produksi menghadapi pelbagai cabaran dan kekangan bukan saja dari sudut kemahiran, kelengkapan, perisian dan gangguan capaian internet. Masalah ini harus ditangani dengan segera dan Kerjasama yang jitu dari semua warga sekolah. Di samping itu, Kerjasama yang padu dari pihak pentadbir dalam memberi sokongan dan semangat penting sebagai pemangkin sehingga berjaya program siaran ini. Tidak dijuga dilupakan, sokongan dan semangat yang diberikan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah Kebangsaan Api Api untuk mengadakan program siaran ini.
Para warganet boleh menyaksikan siaran rakaman langsung menerusi dua medium iaitu, di facebook page SK Api Api dan YouTube Channel Sekolah. Bagaimanapun, orang awam masih boleh mengakses video rakaman siaran pada bila-bila masa menerusi pautan berikut di Channel YouTube sekolah.
Siaran Langsung : https://youtu.be/C5ydTPc6wno
Rakaman Siaran Tertunda: https://youtu.be/ARYtl3U6z6A