Pertandingan Mewarna “Patriotik Bulan Kemerdekaan” 2020

Pertandingan Mewarna “Patriotik Bulan Kemerdekaan” 2020

 

Pertandingan Mewarna “Patriotik Bulan Kemerdekaan” SJK(C) Lok Yuk Likas telah diadakan pada 27 Ogos 2020. Tema Bulan Patriotik tahun ini adalah “Prihatin Malaysia”.

Objektif Pertandingan Lukisan Hari Kemerdekaan ini  adalah untuk mewujudkan rasa kesyukuran murid terhadap jasa para pejuang kemerdekaan tanah air. Selain itu, program ini juga telah memupuk semangat patriotik di kalangan murid serta mencungkil bakat murid dalam bidang melukis dan mewarna.

Program ini terbuka kepada semua warga pelajar SJK(C) Lok Yuk Likas. Aktiviti ini dijalankan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang diharapkan. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply