SMK LIKAS MERAIH 6 PINGAT DALAM PERTANDINGAN ADAB DAN NILAI ANJURAN PPDKK

SMK LIKAS MERAIH 6 PINGAT DALAM PERTANDINGAN ADAB DAN NILAI ANJURAN PPDKK

Syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya, SMK Likas telah meraih enam pingat dalam pertandingan Adab Dan Nilai anjuran PPD Kota Kinabalu. Menariknya kali ini semua acara yang dipertandingan adalah secara live atas talian dan rakaman bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Antara pelajar yang telah memenangi acara yang dipertandingkan ialah adik Alhamier Bin Maksan (Johan Nyanyian Solo Lagu Kerohanian), Adik Amer Raihan Bin Rosle dan Adik Nurul Ain Mohd Shah (Naib Johan Daie Siber Lelaki & Perempuan), Adik Nur Hafiza Bt Jakariya ( Naib Johan Hafazan Kategori Perempuan), dan Adik Ahmad Syakir Bin Abdul Rashid dan Adik Anastasyia Ardan Bt Abdullah (Tempat Ketiga Khat Siber Kategori Lelaki & Perempuan). Adik Alhamier juga akan mewakili PPDKK untuk ke Peringkat Bahagian bagi Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Ketuhanan.

Encik Roslan Bin Md. Idris (Pengetua SMK Likas) merakamkan ucapan Tahniah atas usaha bersama dalam mencipta kemenangan ini walaupun dalam keadaan yang singkat.. Warga sekolah amat berbangga dengan kemenangan ini. Tahniah diucapkan Kepada pasukan guru Pendidikan Islam SMK Likas Kota Kinabalu dan semoga terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply