20 Mei 2020, Pejabat Pendidikan Daerah Kota telah menyerahkan sumbangan Jom Infaq Misi Bantuan Kemanusiaan Covid 19 dan Fakir miskin kepada 45 orang murid asnaf daripada 9 buah sekolah yang terpilih di sekitar Kota Kinabalu. Pelajar yang terpilih ini telah menerima rm100.00 (seratus ringgit sahaja) setiap seorang.

Turut menerima sumbangan ialah pasukan RELA, pasukan Keselamatan Bangunan KWSP, asnaf yang sakit, rumah kebajikan dan murid-murid yang terlibat dengan kebakaran.

Selain dalam bentuk wang tunai, team jom infaq PPDKK juga telah membuat agihan ke Kampung-kampung berdekatan dalam bentuk makanan asas.

Sebanyak 8 kumpulan dalam kalangan pegawai PPD Kota Kinabalu dan guru telah bergerak menyampaikan sumbangan ini di 14 lokasi berasingan

Sumbangan ini adalah hasil sumbangan warga PPD Kota Kinabalu yang disalurkan melalui Program Jom Infaq anjuran PPDKK bersama Majlis Guru Besar dan Persatuan Pengetua, ,PeWanis PPIM dan PEKDIS PPDKK. Sebanyak rm10,68.10 (sepuluh ribu enam puluh lapan ringgit sepuluh sen) telah berjaya dikumpul dan diagih.

Warga PPD Kota Kinabalu mengucapkan jutaan t.kasih atas penglibatan semua pihak. Moga menjadi amal kebajikan untuk saham akhirat kita.


Terima kasih kepada semua Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu yg turut sama menyumbang untuk frontliner, murid2 dan warga sekolah yg menerima musibah kebakaran. Moga dapat meringankan bebanan yang dirasai apatah lagi pada keadaan pandemik ini.

Terima kasih semua yang membantu.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan