16/2/2020 -Tanjung Aru, Kota Kinabalu menyaksikan kemenangan oleh Mohammad Syahieradham Bin Raiman apabila merangkul kejayaan “Optimist Overall Title” 1st, Overall Division Champion dalam 21st KYC CITY DAY OPEN REGATTA 2020 yang berlangsung bermula hari Sabtu 15/2/2020 dan berakhir pada hari Ahad 16/2/2020 yang lalu.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini dianjurkan oleh SAILA (Sabah Sailing Association). Murid ini menunjukkan bakat yang besar walaupun baru berumur 13 tahun dan merupakan murid tingkatan 1 dari SMK BANDARAYA KOTA KINABALU.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Mohammad Syahieradham Bin Raiman serta semua pihak terutama penolong kanan Kokurikulum SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Cikgu Ramlal Kansa Ramdas yang telah menjadi pendorong kepada kejayaan unggul ini.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan