Tempat Ketiga Untuk Pasukan Hoki SM Tinggi KK Lelaki & Perempuan 18TKB

Tempat Ketiga Untuk Pasukan Hoki SM Tinggi KK Lelaki & Perempuan 18TKB

Pada 05, 07 dan 08 Februari 2020, SM Tinggi Kota Kinabalu telah menghantar 2 pasukan iaitu kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun untuk Kejohanan Hoki MSS Daerah Kota Kinabalu 18TKB. Berikut adalah senarai nama atlit-atlit hoki yang mewakili SM Tinggi Kota Kinabalu:

Pasukan Perempuan 18 TKB

 

Pasukan Lelaki 18 TKB

 

Kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan berjaya memasuki peringkat separuh akhir dalam kejohanan ini namun tewas kepada SMK Lok Yuk dan SMK Pulau Gaya, sekaligus menempatkan pasukan SM Tinggi Kota Kinabalu pada kedudukan ketiga secara keseluruhan. Kejohanan Hoki MSS Daerah Kota Kinabalu 18 TKB Tahun 2020 telah dijuarai oleh pasukan SMK Likas (untuk kategori lelaki) dan SMK Pulau Gaya (untuk kategori perempuan).

Sehubungan dengan itu, ketua pasukan perempuan SM Tinggi Kota Kinabalu iaitu Adik Darlyn Nicolette Edward telah dipilih untuk mewakili pasukan Daerah Kota Kinabalu dalam Kejohanan MSSS Tahun 2020 yang akan dilangsung pada 21 hingga 23 Februari 2020.

Syabas dan tahniah kepada pasukan SM Tinggi Kota Kinabalu serta pasukan juara dan naib juara.

 

Ketua Pasukan Hoki Lelaki SM Tinggi Kota Kinabalu, Raffy Chong, menerima sijil selaku wakil pasukan lelaki.

 

Ketua Pasukan Hoki Perempuan SM Tinggi Kota Kinabalu, Darlyn Nicolette Edward, menerima sijil selaku wakil pasukan perempuan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply