“GET INTO RUGBY 2019” ANJURAN SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU

“GET INTO RUGBY 2019” ANJURAN SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU

21 September 2019 (Sabtu) – SK TANJUNG ARU II KOTA KINABALU buat pertama kalinya telah menganjurkan Program Klinik Pengenalan Sukan Ragbi “Get Into Rugby” 2019 (GIR) dengan kerjasama Malaysia Rugby, Asia Rugby, World Rugby dan Sabah Rugby Union. Program yang diadakan di Padang SK Tanjung Aru 1 ini telah dihadiri seramai 197 orang yang terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa. Selain SK Tanjung Aru 2, GIR ini turut disertai oleh SK Tanjung Aru 1 Kota Kinabalu, SK Petagas Penampang, SK Sacred Heart Kota Kinabalu, SK Sembulan Kota Kinabalu dan SK Penampang, Penampang. Murid-murid yang terlibat berusia di antara 9 hingga 12 tahun.

 

Program GIR ini bertujuan untuk melatih dan memberi tunjuk ajar secara teknikal dan taktikal kepada peserta berkenaan asas permainan ragbi sentuh. Ia juga merupakan salah satu platform untuk mempromosikan dan memperkenalkan sukan ragbi sentuh kepada masyarakat. Selain menarik minat peserta melalui pengisian-pengisian aktiviti yang menyeronokkan, Program GIR ini juga dapat memupuk sikap positif, sabar, berani menghadapi cabaran dan meningkatkan keyakinan diri dalam diri setiap peserta.

 

Klinik Pengenalan Sukan Ragbi Get Into Rugby ini telah dikendalikan oleh Encik Ruddy Daupin, Penyelaras Program Get Into Rugby negeri Sabah. Pengisian program GIR adalah seperti pengenalan sukan ragbi sentuh, peraturan permainan, penerangan taktikal, peranan rakan sepasukan serta latihan amali murid serta training of trainers (T.O.T) guru.

 

Kelab Ragbi SK Tanjung Aru II (Tanjung Aru Cobra) di bawah naungan Tuan Haji Mohd Yusof Bin Kahar, Yang DiPertua PIBG dan Puan Sukrani @ Mimi Osman (Guru Besar) selaku penasihat  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Klinik Pengenalan Sukan Ragbi Get Into Rugby 2019. Semoga dengan penganjuran ini, sukan ragbi akan menjadi sukan pilihan murid-murid sekolah khususnya di Kota Kinabalu ini seterusnya menjadi pelapis kepada pemain-pemain handalan sedia ada di peringkat yang lebih berprestij.- Oleh: Norayati M.I.

 

 

 

 

 

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply