Gabungan ibu dan anak membuahkan hasil dalam pembentangan Pertandingan Intervensi Amalan Bilik Darjah (iabD) peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di IPGK Melayu Perempuan Melaka pada 21-22 Ogos 2019.

Adik Ryan Ng yang hanya berusia 10 tahun dimana juga merupakan anak kepada Cikgu Susan Chin telah memenangi anugerah dalam  187 bahan inovasi yang telah dipertandingkan dalam pertandingan ini. Inovasi Cikgu Susan Chin yang bertajuk MyHelper – Rainbow Equation & MyHelper – Balancing Mat telah dianugerahkan Anugerah Emas pada akhir pertandingan iabD ini.

Inovasi Cikgu Susan buat ulung kalinya hybrid di antara sekolah menengah dan sekolah rendah dan bertanding di Kategori Tun Teja (pendidik + murid) dimana telah menarik perhatian pelawat yang hadir.

Syabas!

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan