Perkhemahan #mydigitalmaker (Boot Camp) “Be A Dreamer. Be a Maker”

Perkhemahan #mydigitalmaker (Boot Camp) “Be A Dreamer. Be a Maker”

“Be A Dreamer. Be a Maker” begitulah bunyi moto Mydigitalmaker bermulanya Perkhemahan #mydigitalmaker (Boot Camp) dua hari satu malam buat julung kali diadakan di SK(C) Anglo Chinese, Kota Kinabalu Sabah. Seramai 30 orang murid yang dikenali sebagai Duta Penggerak Digital telah menyertai Perkhemahan #mydigitalmaker yang dianjurkan oleh Unit ICT SK(C) Anglo Chinese dengan kerjasama Chumbaka. Objektif Perkhemahan #mydigitalmaker iaitu menjana idea rekaan ke dalam kehidupan di samping juga melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin. Pihak sekolah berasa bangga dengan kejayaan perkhemahan #mydigitalmaker dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada fasilitator dari Chumbaka Puan Jasmine Tea Chin Peng dan Cik Faizah binti Rahmad yang memberi tunjuk ajar dan ilmu digitalmaker kepada Duta Penggerak Digital. Terima kasih juga kepada guru-guru sekolah yang memberikan usaha dan masa dalam menjayakan Perkhemahan ini serta tidak lupa juga kepada ibu bapa yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada sekolah dalam menganjurkan Perkhemahan #mydigitalmaker 2019.








Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply