KONTIJEN PKBM (DARAT) SMK LIKAS MENDAPAT TEMPAT KE-3 PERKHEMAHAN TAHUN 2019.

KONTIJEN PKBM (DARAT) SMK LIKAS MENDAPAT TEMPAT KE-3 PERKHEMAHAN TAHUN 2019.

Perkhemahan PKBM (DARAT) peringkat Negeri Sabah Tahun 2019 telah melabuhkan tirainya di Kem Paradise, Kota Belud, Sabah bermula dari 7 hingga 12 April 2019.

Bagi perkhemahan tahun ini, johan keseluruhan telah dimenangi oleh PKBM (D) SMK Mat Salleh, Ranau diikuti SMK Majakir, Papar tempat kedua dan tempat ketiga SMK Likas, Kota Kinabalu. Juara pertandingan kawad kaki dan senjata pula dimenangi oleh SMK Majakir, Papar diikuti SMK Likas, Kota Kinabalu dan SMK Sanzac, Kota Kinabalu. Sarjan Kadet Mohd Sukri Bin Sabtu dari SMK Likas mendapat tempat kelima Ketua Platun Terbaik.

Manakala keputusan Pandu Arah bagi kategori lelaki dijuarai oleh SMK Mat Salleh, Ranau, naib johan SMK Majakir, Papar dan tempat kelapan SMK likas, Kota Kinabalu. Juara Pandu Arah bagi kategori wanita pula disandang oleh SMK Mat Salleh, Ranau, naib johan SMK Likas, Kota Kinabalu dan ketiga SMK Sanzac, Kota Kinabalu. Bagi acara merentas halangan lelaki, SMK Mat Salleh, Ranau telah mengungguli acara ini, diikuti SMK Sandakan, Sandakan dan tempat ketujuh SMK Likas, Kota Kinabalu. PKBM wanita SMK Mat Salleh, Ranau telah menjuarai acara merentas halangan diikuti SMK Labuan, Labuan dan SMK Likas tempat keenam.

Acara menembak kategori lelaki telah menyaksikan SMK likas, Kota Kinabalu menjadi johan, naib johan SMK Majakir, Papar diikuti oleh SMK Mat Salleh, Ranau. Kategori wanita pula dijuarai oleh SMK likas, Kota Kinabalu diikuti SMK Badin, Tuaran dan tempat ketiga SMK Labuan, Labuan. Dalam pertandingan menembak ini, SMK Likas berjaya merangkul gelaran johan, naib johan SMK Majakir, Papar dan tempat ketiga SMK Badin, Tuaran.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply