Mural baru hasil rekaan pelajar berbakat PSV SMK SANZAC.

Mural baru hasil rekaan pelajar berbakat PSV SMK SANZAC.

Projek menghasilkan 2 buah mural ‘Doodle Art’ bertemakan ‘Kindness’.

Tarikh : 27-30 Mac 2019
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat :  Dinding blok bangunan pentadbiran lama dan Dinding makmal komputer SMK SANZAC

Cikgu Mushariani bt Ismail yang merupakan Ketua Panitia PSV, bersama 9 orang pelajar tingkatan 1, 4 dan 5 telah bertungkus lumus selama 4 hari bagi menyiapkan 2 buah  mural besar yang akan menjadi lambang ekspresi seni tentang kasih sayang dan sifat baik hati  dikalangan pelajar. Lakaran idea mural yang menggunakan genre seni contengan (Doodle Art) ini telah dihasilkan oleh dua orang pelajar yang sangat berbakat dalam bidang seni visual iaitu adik Nurkhairani Shahreena bt Samad dari tingkatan 5A dan adik Refdowsen Robin dari tingkatan 4T.
Projek ini merupakan  aktiviti kedua dibawah Program No Bully Art sempena pertandingan Stand Together 2019.

TAHNIAH PELAJAR DAN GURU PSV SMK SANZAC YANG BERDEDIKASI!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply