18 Mac 2019, 2.30 pm – Satu Bengkel Pembinaan Item Quiz Dalam Talian dengan menggunakan Pelantar Frog VLE (Virtual Learning Environment) telah diadakan di dalam Makmal Komputer Blok IT, Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. Bengkel ini diselaraskan oleh Encik Antonius Tan dan Cik Felicity Chung Vyun Vyun. Penceramah dan Falisitator untuk bengkel berkenaan adalah Puan Norliah Ashkar, Pengurus Serantau Frog VLE Sabah dan Sarawak. Seramai 10 orang guru Panitia Pendidikan Moral termasuk Ketua Bidang Kemanusiaan, Puan Neoh Lay Goh telah menghadiri bengkel ini.
Tujuan utama bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan serta kemahiran guru-guru Panitia Pendidikan Moral dalam teknik-teknik membina quiz Pendidikan Moral secara dalam talian dan dapat dimuatnaik ke dalam aplikasi Boost Site Frog VLE. Quiz-quiz yang berjaya dimuatnaik membolehkan murid-murid seluruh negara dapat mengakses serta menjawab secara dalam talian melalui aplikasi Boost Site Frog VLE.