Pertandingan Kangaroo Math 2019

Pertandingan Kangaroo Math 2019

Pada 21 Mac 2019 yang lalu, SK Kitobu telah menyertai Kangaroo Math Competition (KMC) 2019 yang telah dianjurkan oleh Kangaroo Math Malaysia secara serentak di seluruh negara.

Pada tahun ini, SK Kitobu menghantar lima (5)  penyertaan (yang mewakili 5 orang murid) bagi menyertai KMC 2019, yang mana mereka menyertai KMC 2019 dalam kategori Pre-Ecolier (8 tahun ke bawah), Ecolier (9~11 tahun) dan Benjamin (11~12 tahun). Pertandingan ini dikelolakan oleh Panitia Matematik di SK Kitobu, yang diketuai oleh Pn. Raihanah Athirah Binti Mat Razali.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua murid-murid, ibu bapa & guru-guru yang terlibat dalam usaha ke arah kejayaan dalam pertandingan ini. Pihak sekolah juga mendoakan agar penyertaan ini akan membuahkan hasil dan kecemerlangan yang diimpi-impikan.

Keputusan pertandingan akan diumumkan selepas tiga (3) bulan pertandingan ini ditutup secara rasmi.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply