Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2019

Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2019

TARIKH: 9 MAC 2019 (SABTU)

MASA: 7.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN SERI GEMILANG, SMK SANZAC

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Noraini binti Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK SANZAC.

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti luar. Selain itu, mesyuarat ini juga diadakan untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetus idea-idea bernas demi menjana kemajuan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah secara holistik dari aspek akademik, sahsiah, disiplin dan kokurikulum dalam kalangan warga sekolah. Mesyuarat ini juga telah memberi ruang kepada pihak sekolah untuk mendedahkan kepada ibu bapa aktiviti-aktiviti bertemakan “Malaysia’s Kindest School” yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Tanpa sokongan padu dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru-guru, sesebuah sekolah itu tidak akan mencapai kejayaan. Jalinan hubungan yang terbentuk antara kedua-dua pihak ini diharapkan akan menjadi platform yang akan memangkinkan kejayaan dan kegemilangan SMK SANZAC pada tahun 2019.

Suasana yang dirakam semasa berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SMK SANZAC 2019.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply