Pelancaran Program Jom ke Sekolah di SMK Bandaraya KK

Pelancaran Program Jom ke Sekolah di SMK Bandaraya KK

18 Feb 2019- SMK Bandaraya telah melancarkan Program Jom Ke Sekolah bersama Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)  daripada PDRM. Program ini adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM ) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku pelajar. Usaha pihak-pihak yang terlibat ini amat dihargai oleh warga sekolah. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan disiplin dan sahsiah terpuji semua pelajar  sekolah. Tahniah diucapkan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply