GEMILANG!!! SK RUMINDING TERUS CEMERLANG DALAM KEPUTUSAN UPSR 2018 TOP 2 PPDKK DAN TOP 20 JPN SABAH

GEMILANG!!! SK RUMINDING TERUS CEMERLANG DALAM KEPUTUSAN UPSR 2018 TOP 2 PPDKK DAN TOP 20 JPN SABAH
Calon UPSR 2018

Keputusan yang gemilang ini berjaya dicapai dan disambut dengan penuh rasa bersyukur oleh semua guru dan pelajar SK Ruminding sebaik keputusan UPSR 2018 diumumkan secara rasmi pada 29 November 2018 yang lalu,

Selain mengekalkan keputusan 100 peratus kelulusan buat tahun kelima berturut-turut, SK Ruminding juga berjaya memperbaiki pencapaian pada 2017 dengan menduduki tangga ke 20 terbaik keseluruhan bagi peringkat negeri Sabah pada 2018 berbanding tempat ke 42 pada tahun sebelumnya.

Kesemua guru,pelajar dan ajk PIBG bergambar bersama tetamu kehormat

Kesemua para guru dan pelajar telah diraikan dalam Majlis Anugerah Cemerlang peringkat sekolah bertempat di Restoran Gayang And Seafood ,Tuaran. Kesemua anugerah dan hadiah kemudiannya disampaikan oleh Bendahari Kehormat KDCA Kebangsaan yang berbahagia Datuk Joseph Paulus Lantip.Turut hadir memeriahkan acara gilang gemilang berkenaan ialah YDP PIBG dan kepimpinan PIBG sekolah,para guru,ibu bapa dan pelajar SK Ruminding.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply