Adik DANISH AISY mendapat Silver Medal dalam BMOC 2018

Adik DANISH AISY mendapat Silver Medal dalam BMOC 2018

SK Inanam Dua telah menyertai Borneo Maths Olympiad Competition (BMOC) 2018. Seramai 58 orang murid terdiri daripada tahun 1 hingga tahun 6 telah menduduki ujian ini.

Adik Danish Aisy dari tahun 5 satu-satunya murid SK Inanam Dua yang berjaya merangkul Pingat Perak manakala 4 orang mendapat pingat gangsa dan 25 orang mendapat keputusan merit (Kepujian). SK Inanam Dua buat pertama kalinya mendedahkan murid-murid dengan ujian olimpiad pada tahun ini agar minat murid-murid terhadap matematik semakin meningkat.

Penyampaian sijil dan medal dilakukan sewaktu perhimpunan sekolah dibuat pada minggu berikutnya bagi meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk terus menyertai ujian olimpiad pada tahun hadapan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply