2 Team Robotic SK Tobobon layak ke Petrosains RBTX Grand Final di Shah Alam

2 Team Robotic SK Tobobon layak ke Petrosains RBTX Grand Final di Shah Alam

Sabtu 30 Jun 2018 – SK Tobobon telah menyertai Petrosains Robotix Challenge 2018 yang diadakan di Petrosains Playsmart Sabah. Kedua-dua team dari SK Tobobon telah layak untuk ke peringkat akhir yang akan diadakan di Shah Alam pada 11-12 Ogos nanti. Team A Totoro dianggotai oleh adik Nur Amalia Adriana binti Mohd Yusup dan D’Nur Dannea Arrisya binti Ma’azlan. Manakala team B Tobobon Squad terdiri daripada Adik Mohammad Shahfiqq bin Salleh dan Zharfan Zainuddin. Kedua-dua team merupakan kumpulan terbaik yang telah melepasi kesemua checkpoint. Hanya 3 team yang melepasi kesemua checkpoint daripada 20 team yang bertanding.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply