TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SMK SANZAC KALI KE-46

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA SMK SANZAC KALI KE-46

Pada hari Rabu, 11 April 2018 hingga Khamis 12 April 2018 yang lepas, SMK SANZAC Kota Kinabalu telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-46 di Stadium Kompleks Sukan Penampang dengan jayanya. Hampir semua pelajar SMK SANZAC telah hadir untuk menjayakan temasya sukan tahun ini. Majlis bermula dengan perhimpunan pagi, pada jam 7.15 pagi. Pelajar yang mengambil bahagian dalam acara sukan itu telah melapor diri pada jam 7.15 pagi. Terdapat 11 acara sukan yang dipertandingkan. Antaranya ialah merejam lembing, lempar cakera, lompat jauh dan sebagainya.

            Acara pertama yang dipertandingkan ialah 1500 meter kategori perempuan terbuka dan lelaki terbuka, yang bermula pada pukul 7.30 pagi, diikuti dengan acara padang iaitu lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing. Seterusnya telah berlangsung acara 100 meter bagi kategori perempuan A, B dan lelaki A,B pada jam 8.10 pagi  peringkat saringan. Acara 80M & 110M Lari Berpagar peringkat akhir berlangsung diikuti dengan acara 4 x 400 meter peringkat akhir bagi semua kategori. Acara seterusnya ialah acara penyampaian hadiah bagi acara peringkat akhir yang telah dipertandingkan.

Pada jam 9.10 pagi pula, acara 200 meter bagi kategori perempuan A,B dan lelaki A,B telah berlangsung. Acara temasya sukan SMK SANZAC diteruskan lagi pada pukul jam 10.00 pagi selepas rehat dengan acara pertandingan 400 meter perempuan A,B dan lelaki A,B bagi peringkat saringan. Pertandingan diteruskan dnegan acara 100 meter kategori perempuan A,B dan lelaki A,B bagi penentuan pemenang dalam peringkat akhir sebelum raptai yang dilangsungkan pada jam 11.20 pagi. Pada pukul 1.30 petang semua pelajar dan guru bersurai.

Acara sukan tahunan SMK SANZAC telah disambung pada hari kedua iaitu pada 12 April 2018, dengan mempertandingkan 8 lagi acara sukan bagi peringkat akhir iaitu 800 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera, merejam lembing, 200 meter, 400 meter, dan 4 x 100 meter yang telah dimulakan selepas peserta melapor diri pada jam 7.20 pagi.

Pada pukul 7.30 pagi, acara pertama yang dipertandingkan ialah 800 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing diikuti dengan acara 200 meter pada pukul 8.00 pagi,  manakala acara padang dan 400 meter peringkat akhir berlangsung pada 9.00 pagi sebelum acara penyampaian hadiah bagi acara 218 hingga 230 dan rehat.

Acara diteruskan lagi dengan acara 4 x 100 meter kategori perempuan A,B dan lelaki A,B sebelum berlangsungnya persembahan Karate-Do, Tae Kwan Do dan Silat Gayung Fatani diikuti dengan pertandingan perbarisan pada jam 11.20 pagi.

Seterusnya, pada jam 11.50 pagi acara penyampaian hadiah telah berlangsung dengan jayanya. Pada pukul 12.20 tengahari, majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi pengelola diikuti dengan perasmina penutup dan upacara menurunkan bendera temasya. Selepas itu, upacara penyerahan bendera kepada pengerusi pengelola dan penyampaian cenderamata kepada perasmi. Akhir sekali, pada jam 1.30 pagi semua pelajar dan guru-guru bersurai.

Gambar Sepanjang Hari Temasya Sukan SMK Sanzac

Hari pertama: Rabu (11 April 2018)

 

SENAMROBIK YANG DIKENDALIKAN OLEH CIKGU NOWENNA

PELAJAR -PELAJAR SEDANG BERSENAMROBIK

ACARA PADANG DAN BALAPAN

RAPTAI PERBARISAN SEKOLAH

ACARA PADANG DAN BALAPAN PADA HARI KEDUA

ACARA PENUTUPAN PERBARISAN

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply