Pada 21 Februari 2018, 3 pelajar IPG iaitu Kenneth Yong Hua An, Tan Lay Ni dan Tsen Mui Ling telah menjalankan Internship di SJK (C) Lok Yuk, Likas. Mereka telah mendapati bahawa perpustakaan di sekolah tersebut boleh diperbaiki lagi. Oleh yang demikian, satu projek Pembangunan Pusat Akses telah dicadangkan dan dilaksanakan pada 7 March 2018 selepas mendapat kewangan dan kebenaran daripada pihak sekolah. Projek tersebut berlangsung selama 1 minggu dan telah dilaksanakan dengan jayanya.

Sebelum melaksanakan projek tersebut, mereka telah mengadakan mesyuarat kecil pada 1 Mac 2018 bersama Guru ICT, Encik Lee Thien Tze untuk membincangkan prosedur melaksanakan projek tersebut dengan teliti. Selain itu, keterangan dan keperluan seperti komputer turut dibincangkan untuk memastikan projek tersebut boleh dijalankan dengan lancar dan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Semasa projek tersebut berlangsung, mereka telah bergotong-royong untuk membersihkan semua bahagian komputer seperti CPU, LCD, keyboard, mice dan cables dengan kain basah dan memasangkannya di bawah pantauan guru ICT. Kemudian, Tan Lay Ni dan Tsen Mui Ling telah mencari E-buku dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina dan Kenneth Yong Hua An telah menyusun E-buku bersama E-buku Bahasa Inggeris, format, memasang script kawalan masa dan Internet murid yang boleh ditutup dan diaktifkan serta memasangkan aplikasi pada komputer.

Selepas semua prosedur yang dirancang dilaksanakan, mereka mendapati lokasi Pusat Akses dalam perpustakaan SJK (C) Lok Yuk belum ada akses Internet. Namun demikian, mereka telah mengatasi masalah tersebut dengan muat turun E-buku ke dalam komputer dan memasang aplikasi yang boleh berfungsi tanpa Internet

Mereka berasa bangga kerana projek tersebut boleh membawa manfaat bukan sahaja kepada murid-murid kerana mereka tidak perlu berebut-rebut untuk membaca buku fizikal di perpustakaan dan boleh mencari maksud perkataan yang tidak difahami di Pusat Akses malah guru-guru juga kerana mereka boleh mencari bahan di perpustakaan dengan mudah apabila kemudahan Internet telah sampai di bahagian perpustakaan pada masa yang akan datang.

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan