(NATIONAL CODE CHALLENGE) JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN & SPECIAL AWARD FOR SCHOOL – SMK SANZAC

JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN

“SPECIAL AWARD”

TOP TEAM: SABAH

GURU DAN PELAJAR YANG TERLIBAT:

NAMA PENUH

TUGAS
AAFI ZAINAL BIN SHAMSUL ALFIAN PESERTA
MOHD AFIQ ISKANDAR BIN MOHD AFFAIDI

PESERTA

AMIR AHMAD AFIQ BIN IDRIS SANI PESERTA
NOOR CHEYAM AZWALIZA BTE MOHAMAD WALI PESERTA
NURUL IFFAT BINTI ABDULLAH

PESERTA

KUIT VUI KET GURU PENGIRING

JURULATIH UTAMA

Hackathon mensasarkan sekolah-sekolah di pinggir bandar dan bandar melibatkan pelajar sekolah menengah rendah dan pelajar sekolah rendah. Enam siri Hackathon telah dirancang pada tahun ini dan mensasarkan seramai 1,500 pelajar. Setiap Hackathon mempunyai 250 peserta dan mereka akan belajar membina aplikasi menggunakan LiveCode selama 2 hari. Zon Sabah yang disertai oleh lebih 60 pasukan yang mana 3 Pasukan Terbaik “Top Team” yang akan terpilih untuk melayakkan diri ke peringkat kebangsaan.

Pasukan SANZAC CODERS dari SMK SANZAC berjaya mengharumkan nama sekolah SMK SANZAC apabila diumumkan sebagai Johan untuk Kategori Hackathon yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (IDCC), November lepas. Selain itu, SMK SANZAC telah terpilih untuk menerima Anugerah Khas (Special Award) atas usaha membudayakan budaya pengaturcaraan di peringkat sekolah sehingga membimbing sehingga lebih kurang 200 murid yang mempunyai kemahiran coding asas. Selain itu, SMK SANZAC telah berkolaborasi dengan sekolah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dengan membuat bimbingan intensif secara mentoring kepada murid sekolah rendah dari SJK (C) Anglo Chinese, Kota Kinabalu.

 Kod Kebangsaan ini adalah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan cabaran peringkat kebangsaan kali kedua pernah diadakan. SMK SANZAC pernah membawa cabaran untuk Kategori Terbuka pada tahun 2016 dan mendapat Naib Johan. Cabaran Kod Kebangsaan ini bertujuan memperkenalkan murid berusia 13-15 tahun dunia pengkomputeran dan pengaturcaraan serta menggalakkan murid menengah rendah menjadi penyumbang kepada internet.

Pasukan ini telah berjaya menghasilkan suatu aplikasi mobil Treax yang merupakan suatu aplikasi dalam telefon bimbit yang membolehkan orang awam yang menyalurkan informasi tentang pilihan gimnasium kepada pengguna.  Aplikasi ini telah berjaya menarik minat juri serta guru-guru sekolah lain melalui hasil pitching pasukan ini yang membolehkan mereka layak ke peringkat akhir. Semoga kejayaan ini akan memotivasikan murid-murid lain supaya mencipta kejayaan SMK SANZAC walaupun hanya berada dalam Tingkatan 2 dan 3. Selain ini, diharapkan kejayaan ini akan menjadi dorongan kepada murid-murid lain untuk membudayakan kemahiran pengaturcaraan (coding) secara menyeluruh yang sangat penting dalam dunia pengkomputeran yang semakin rancak menuju abad ke-21.

Dorongan dan usaha yang telah dijalankan oleh SMK SANZAC dalam membudayakan coding di bawah pimpinan Pengetua Cemerlang JUSA C, Dr.Shirley Tay Siew Hong telah diiktiraf dengan penganugerahan “Anugerah Istimewa” sempena National Code Challenge 2017.

ncc5

Hasil kemenangan pasukan SANZAC CODERS!

ncc7

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply