Pasukan Lelaki Dan Perempuan SJK (C) Shan Tao Kota Kinabalu Juara Kejohanan Bola Keranjang Mini MSS Bahagian Barat Negeri Sabah “Piala Datuk Chau Tet On” Tahun 2018

Kota Kinabalu: Kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan bola keranjang SJK (C) Shan Tao menjuarai Kejohanan Bola Keranjang Mini MSS Bahagian Barat Negeri Sabah “Piala Datuk Chau Tet On” Tahun 2018 tanpa sebarang kekalahan sepanjang pertandingan. Tuan Umin Hj Sadi (ADK), Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu sama-sama meraikan kejayaan pasukan SJK (C) Shan Tao semasa upacara penutupan. 10 orang pemain lelaki dan perempuan bola keranjang SJK (C) Shan Tao telah dipilih mewakili pasukan pantai barat negeri Sabah untuk bertanding di Kejohanan Bola Keranjang Mini MSS Peringkat Negeri Sabah yang bakal berlangsung di Lahad Datu.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply