Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan

22 Januari 2018, SK Gudon Kota Kinabalu hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Penolong Kelas dan Sahabat PPDa bagi sesi 2018.

Majlis yang dirasmikan oleh Guru Besar itu menganugerahkan 107 pelajar yang telah dipilih dan dipersetujui oleh jawatankuasa tertinggi sekolah.

Tahniah buat semua pelajar yang terpilih.

Selamat menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Guru Besar, Puan Ainie Hj Omar menyarungkan vest Pengawas sebagai simbolik perasmian sambil disaksikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Nasron Isman.

SYABAS & TAHNIAH !!!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply