Kit Pembelajaran Cakna Minda Bahasa Melayu Sekolah Rendah

30 JANUARI 2018 (Selasa) – Kit Pembelajaran Cakna Minda Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu teknik BaFIT dan BOSA telah dikongsikan oleh Encik Anuar Bin Md Amin, SISC+ PPD Klang kepada guru-guru sekolah PLC Tanjung Aru. Rombongan perkongsian diketuai oleh Dr. Mohd. Haidi B. Mohd. Kasran, Pensyarah Kanan IPGK Bahasa Melayu Kuala Lumpur.


Lawatan Ilmiah PPD Petaling Perdana Ke SK Tanjung Aru II

29 JANUARI 2018 – Seramai 40 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai PPD Petaling Perdana, guru-guru besar dan guru-guru sekolah Petaling Perdana telah membuat lawatan ilmiah ke SK Tanjung Aru II baru-baru ini. Rombongan diketuai oleh Encik Abdul Ghaffar Bin Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Petaling Perdana dengan iringan Encik Ismail Bin Ali Hassan, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Kinabalu. Ketibaan rombongan lawatan ini disambut dengan persembahan jolly phonic oleh murid-murid Tahap 1, sesi penggambaran,…


No Image

Hero SMJK Shan Tao

Ling Dai Hau, Juara Perseorangan Lelaki B18 Kejohanan Badminton MSSB di Ranau. Beliau juga mendapat Naib Johan bagi acara Regu Campuran B18 bergandingan dengan Louisa dari SMK Lok Yuk Likas. Diharap agar bintang SMJK Shan Tao ini terus menyinar ke peringkat yang lebih tinggi iaitu MSSS dan juga MSSM.​  ​​


No Image

MOU SCHOOL STRATEGIC PARTNERSHIP

31 Januari 2018 mencatat sejarah apabila termeterai satu ikatan kerjasama antara 5 buah sekolah rendah dalam daerah Kota Kinabalu. Program “School Strategic Partnership” ini merupakan satu program kolaboratif antara 5 buah sekolah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan Kolombong, Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi Sri Gaya, Sekolah Kebangsaan Bukit Padang, Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru 1 dan Madrasah Al-Mubarak, Masjid Bandaraya. Program anjuran Sekolah Kebangsaan Kolombong (SKK) ini adalah kesinambungan daripada program tahunan pengantarabangsaan yang dilaksanakan oleh SKK…


No Image

20180120 MSSD & 20180126 MSSB Merentas Desa

MSSD Merentas Desa di SMK Taman Tun Fuad Dalam MSSD Merentas Desa, seramai 10 orang murid yang telah mengikuti acara ini dan diiringi oleh 2 orang guru, En Razali Azizul dan Puan Chang Chin Mee. Sekolah kita telah mencapai kejayaan yang membanggakan di mana 2 orang murid kita telah membolot tempat pertama dalam kategori bawah 12 tahun lelaki dan perempuan. Selain itu, seorang murid perempuan mendapat tempat ke-14. Filbert dan Aida mewakili sekolah untuk ke…


No Image

20180112-14 51st Sabah Invitational Age Group

Swimming Competition 20180112-14 51st Sabah Invitational Age Group Four of our students managed to take part in the competition. They were Filbert Philmond Patrick, Keira Vusak Phan, Eva Alana Gomic and Ezra Huggu Phan. The team was led by Madam Ivy Tsen Ai Fei.    Filbert Philmond Patrick (6 Rafflesia) Boys 11-12 200M Breaststroke (Ke-5) Boys 11-12 100M Freestyle (Ke-11) Boys 11-12 200M IM (Ke-10) Boys 11-12 400M Freestyle (Ke-7) Boys 11-12 50M Breaststroke (Ke-7)…



No Image

Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan oleh Agensi Kerajaan Negeri Sabah

8 Januari 2018- Majlis penyampaian bantuan persekolahan kepada murid yang layak SK. Pengiran Siti Hafsah yang disampaikan oleh YB Datuk Hjh. Jainab merangkap ADUN N12 Karambunai dengan kerjasama JPN Sabah dan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu serta PIBG sekolah. Murid menerima bantuan Cenderahati daripada kerajaan negeri Mendapat liputan berita daripada RTM Bersama PIBG sekolah Sumber gambar: Cg. Rozlee Idris


No Image

Bahan Taklimat Perutusan Awal Tahun 2018

Perutusan Awal Tahun Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu yang telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Umin Hj Sadi yang banyak menyentuh kejayaan sekolah sekolah dan juga Pegawai PPD turut menyuntik semangat motivasi kepada warga PPD Kota Kinabalu.Bahan taklimat bengkel boleh dimuatturun daripada sini.Bengkel ini akan bermula 1 sehingga 2 Februari 2018 



Skip to toolbar