Pada  13 April  2018 , murid-murid  sekolah  SJK(C) Lok  Yuk  Likas  yang  terpilih  telah  mewakili  sekolah  menyertai  Pertandingan  Syarahan  Bahasa  Cina  ,  Pertandingan  Syarahan  Bahasa  Malaysia  ,  Pertandingan  Syarahan  Bahasa  Inggeris ,  Pertandingan  Demaklasi  Sajak  Bahasa  Cina  ,  Pertandingan  Ujian  Bertulis  Bahasa  Cina  dan  Bahasa  Malaysia ,  iaitu  Pertandingan  KBCI  2018  daerah  Kota  Kinabalu  yang  diadakan  di  SJK (C) Chung  Hwa  Kota  Kinabalu .   

Pada  akhir  pertandingan ,  murid-murid  sekolah  kami  telah  mendapat  keputusan  yang  cemerlang  dalam  pertandingan  ini .  Murid-murid  sekolah  kami  yang  menyertai   Pertandingan  Syarahan  Bahasa  Cina  iaitu  saudara  Isaac  Wan  telah  memenangi  naib  johan  dan  saudari  Ahsley  Pang  telah  memenangi  tempat  ketiga  dalam  pertandingan  ini . Sehubungan  dengan  itu , murid  yang  memenangi  naib  johan  dalam  pertandingan  syarahan  Bahasa  Cina  tersebut  iaitu  Isaac  Wan  akan  mewakili  daerah  Kota  Kinabalu  menyertai  pertandingan  syarahan  Bahasa  Cina  peringkat  negeri  yang  akan  diadakan  pada  bulan  Mei  nanti .  

Selain  itu ,   pasukan  murid  sekolah  kami  yang  menyertai  pertandingan  deklamasi  sajak  Bahasa Cina  telah  memenangi  naib  johan  .  Saudari  Lam  Xin  Yao  pula  telah  memenangi  tempat  keenam  dalam  pertandingan  ujian  bertulis  Bahasa  Cina  kali  ini  ,  dan  saudari  Effie  telah  memenangi  tempat  ketujuh  dalam  pertandingan  syarahan  Bahasa  Inggeris  pada  kali  ini 

Leave a Reply

Proudly powered by Mohd Idremzizan