MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN SMK SANZAC TAHUN 2018

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN

SMK SANZAC TAHUN 2018

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya SMK SANZAC telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Januari 2018.

Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya  merupakan kumpulan murid yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan murid-murid pilihan yang mempunyai ketrampilan dan kecemerlangan baik daripada aspek akademik, sahsiah mahu pun kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada murid-murid lain. Oleh yang demikian sebagai tanda pengiktirafan, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan wajar diadakan.

Pihak sekolah berharap jawatan yang digalas dapat melatih mereka menjadi pemimpin yang berkesan dan bertanggungjawab. Sifat kepimpinan yang diasah dari peringkat sekolah ini sememangnya menjadi titik permulaan yang terbaik untuk melahirkan generasi dan pelapis pemimpin negara seterusnya.

BADAN PENGAWAS SEKOLAH SMK SANZAC

PENGERUSI:
NUR ERINA AZWANIE FARAHAIN BT AZHAR ( 5A )

TIMBALAN PENGERUSI I:
PRICILIA JIA YI PANDIKAR ( 5A )

TIMBALAN PENGERUSI II:
MOHD HIDAYAT B JAYA ( 5C )

SETIAUSAHA :
DYG BAIYINAH BASIRAH ( 5B )

JUMLAH PENGAWAS TERLIBAT KETIKA MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN :

77 orang pengawas

GURU PENGAWAS:

EN IRWAN HASYIMIE

PN NOORHAYATI MD GHAZALI

EN NURISMAIRWAN ISMAIL

UNIT PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI:
NUR ADILAH BINTI DANON (5B)

TIMBALAN PENGERUSI :
NURSALWANI BINTI SABDANI (5B )

SETIAUSAHA :
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN IBRAHIM ( 5B )

JUMLAH PENGAWAS TERLIBAT KETIKA WATIKAH PERLANTIKAN :

13 PENGAWAS

GURU PUSAT SUMBER:

CIK SINORITA MAIT
CIK NOORIHAN SAIGAN

UNIT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

PENGERUSI :
ROID NURSHAMRIE B. RANNIS 5A

NAIB PENGERUSI :
SITI NUR HAFIDAH BT OSMAN 5C

SETIAUSAHA:
NOR HANNAH HIDAYA BT MD.HIDAYAT

JUMLAH PRS:

45 PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

GURU PRS:

CIK ASNIMAH ASLIE

PN NURUL HUSNA BAHARUDDIN

PN SITI NORREZAN MERAH

WhatsApp Image 2018-02-02 at 12.01.21 PM

UNIT PENGAWAS SEKOLAH

WhatsApp Image 2018-02-02 at 12.03.40 PM

UNIT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

WhatsApp Image 2018-02-02 at 12.05.25 PM

UNIT PENGAWAS PUSAT SUMBER

WhatsApp Image 2018-02-03 at 2.34.14 PM

PERUTUSAN PENGETUA KEPADA BAKAL PEMIMPIN YANG BAKAL DILANTIK

WhatsApp Image 2018-02-03 at 2.34.59 PM

BACAAN IKRAR WATIKAH PELANTIKAN

MERENTAS PANTAI SMK SANZAC 2018

MERENTAS PANTAI

SMK SANZAC 2018

TARIKH: 26 JANUARI 2018

TEMPAT: PADANG RAGBI, TANJUNG ARU

ANJURAN: UNIT KO-KURIKULUM

VVIP: ALUMNI SANZAC
(TUAN NOOR SALLEH TAMAMNONG, HJH LILAH HJ. AWANG, PROF MADYA DR. MARINAH AWANG, TN. HJ JANIS BN ABDULLAH)

OBJEKTIF:

Kejohanan Merentas Pantai ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama.

  1. Memenuhi takwim sekolah untuk mengadakan acara merentas pantai sebagai acara tahunan bagi rumah- rumah sukan.
  1. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi  membentuk     individu yang cergas dan sihat.
  1. Memupuk semangat  kerjasama dikalangan warga SMK SANZAC dalam  mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk  menjayakannya.
  2. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan  serta semangat berjuang dalam  kalangan murid-murid dan guru-guru melalui pertandingan antara rumah-rumah sukan .
  3. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan pada peringkat daerah dan yang lebih tinggi.

KEPUTUSAN KEJOHANAN MERENTAS PANTAI 2018

JOHAN: Rumah Raja (Kuning)

NAIB JOHAN: Laksamana (Merah)

KETIGA: Temenggung (Hijau)

KEEMPAT: Syahbandar (Ungu)

KELIMA: Bendahara (Biru)

SPONSORSHIP:

ALUMNI SANZAC – LUCKY DRAW

TRITONIC

SEPAK TAKRAW SMK SANZAC – Tempat ke-tiga

PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK SANZAC

TEMPAT KE-TIGA

PERINGKAT ZON DAERAH KOTA KINABALU TAHUN 2018

TARIKH PERTANDINGAN : 23 & 24 JANUARI 2018 (SELASA & RABU)
PENGELOLA : SMK AGAMA TUNAS KOTA KINABALU, SABAH

SENARAI NAMA PASUKAN SEPAK TAKRAW SMK SANZAC

BAWAH 18 TAHUN

  1. MOHAMAD YUS AKMAL FIRZA BIN MUSLIMAT
  2. HAIRUN BIN MOHD.HAKIM
  3. MOHAMAD FADZIL BIN AHMAD
  4. MOHAMMAD ADWA NURFAIRUS BIN ISMAIL
  5. SYAFIE BIN SYAWAL

BAWAH 15 TAHUN

  1. MUHAMMAD ALIFF ALFIAN BIN SHAFAWI
  2. MOHAMAD QUZAIR IFFAT BIN ZULKARNAIN
  3. MUHAMMAD DANISH ABDULLAH
  4. MUHAMMAD RAFIUDDIN FAIZ BIN RAZMI
  5. MOHAMAD HASRINSAH BIN SALEHEN

JURULATIH : USTAZ ABD.GHAFFAR BIN ISMAIL
PEN. JURULATIH : PG.EZADDIN PG.ZAINAL ABIDIN

(NATIONAL CODE CHALLENGE) JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN & SPECIAL AWARD FOR SCHOOL – SMK SANZAC

JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN

“SPECIAL AWARD”

TOP TEAM: SABAH

GURU DAN PELAJAR YANG TERLIBAT:

NAMA PENUH

TUGAS
AAFI ZAINAL BIN SHAMSUL ALFIAN PESERTA
MOHD AFIQ ISKANDAR BIN MOHD AFFAIDI

PESERTA

AMIR AHMAD AFIQ BIN IDRIS SANI PESERTA
NOOR CHEYAM AZWALIZA BTE MOHAMAD WALI PESERTA
NURUL IFFAT BINTI ABDULLAH

PESERTA

KUIT VUI KET GURU PENGIRING

JURULATIH UTAMA

Hackathon mensasarkan sekolah-sekolah di pinggir bandar dan bandar melibatkan pelajar sekolah menengah rendah dan pelajar sekolah rendah. Enam siri Hackathon telah dirancang pada tahun ini dan mensasarkan seramai 1,500 pelajar. Setiap Hackathon mempunyai 250 peserta dan mereka akan belajar membina aplikasi menggunakan LiveCode selama 2 hari. Zon Sabah yang disertai oleh lebih 60 pasukan yang mana 3 Pasukan Terbaik “Top Team” yang akan terpilih untuk melayakkan diri ke peringkat kebangsaan.

Pasukan SANZAC CODERS dari SMK SANZAC berjaya mengharumkan nama sekolah SMK SANZAC apabila diumumkan sebagai Johan untuk Kategori Hackathon yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (IDCC), November lepas. Selain itu, SMK SANZAC telah terpilih untuk menerima Anugerah Khas (Special Award) atas usaha membudayakan budaya pengaturcaraan di peringkat sekolah sehingga membimbing sehingga lebih kurang 200 murid yang mempunyai kemahiran coding asas. Selain itu, SMK SANZAC telah berkolaborasi dengan sekolah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu dengan membuat bimbingan intensif secara mentoring kepada murid sekolah rendah dari SJK (C) Anglo Chinese, Kota Kinabalu.

 Kod Kebangsaan ini adalah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan cabaran peringkat kebangsaan kali kedua pernah diadakan. SMK SANZAC pernah membawa cabaran untuk Kategori Terbuka pada tahun 2016 dan mendapat Naib Johan. Cabaran Kod Kebangsaan ini bertujuan memperkenalkan murid berusia 13-15 tahun dunia pengkomputeran dan pengaturcaraan serta menggalakkan murid menengah rendah menjadi penyumbang kepada internet.

Pasukan ini telah berjaya menghasilkan suatu aplikasi mobil Treax yang merupakan suatu aplikasi dalam telefon bimbit yang membolehkan orang awam yang menyalurkan informasi tentang pilihan gimnasium kepada pengguna.  Aplikasi ini telah berjaya menarik minat juri serta guru-guru sekolah lain melalui hasil pitching pasukan ini yang membolehkan mereka layak ke peringkat akhir. Semoga kejayaan ini akan memotivasikan murid-murid lain supaya mencipta kejayaan SMK SANZAC walaupun hanya berada dalam Tingkatan 2 dan 3. Selain ini, diharapkan kejayaan ini akan menjadi dorongan kepada murid-murid lain untuk membudayakan kemahiran pengaturcaraan (coding) secara menyeluruh yang sangat penting dalam dunia pengkomputeran yang semakin rancak menuju abad ke-21.

Dorongan dan usaha yang telah dijalankan oleh SMK SANZAC dalam membudayakan coding di bawah pimpinan Pengetua Cemerlang JUSA C, Dr.Shirley Tay Siew Hong telah diiktiraf dengan penganugerahan “Anugerah Istimewa” sempena National Code Challenge 2017.

ncc5

Hasil kemenangan pasukan SANZAC CODERS!

ncc7

Taklimat Pengurusan Fail Bestari

Taklimat Pengurusan Fail Bestari telah diadakan pada 24 Januari 2018 di Bilik Frog SMK Taman Tun Fuad sebagai langkah untuk mengemaskinikan pengurusan fail Makmal Komputer, Teknikal, Pembestarian, 1Bestarinet dan Perekodan Buku. Taklimat ini telah disertai Guru Penyelaras Bestari daripada 11 buah sekolah dalam PLC 1 dan 2 Bestari Sekolah Menengah iaitu SMK Taman Tun Fuad, SMK Agama Kota Kinabalu, SM Lok Yuk, SMK SANZAC, SM St Peter Telipok, SM Al Saints, SM Tun Ahmad Shah, SM Tinggi KK, SMK Bandaraya, SMK Kolombong dan Kolej TIngkatan 6 KK.


PROGRAM PENDISIAH

PROGRAM PENDISIAH TZU CHI

KEJAYAAN MEMERLUKAN USAHA DAN KERAJINAN

18 Januari 2018 – Program ini bertujuan untuk memotivasikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Pihak sekolah berharap dari program pendisiah ini, boleh meyakinkan pelajar bahawa kemiskinan bukan alasan untuk kegagalan.

39 orang pelajar telah menerima bantuan berbentuk wang dan juga makanan daripada Tzu Chi bersama dengan ibu bapa mereka.

Penceramah jemputan:

1) Pn. Lim Sat Chu
Sukarela, Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi

2) Tuan Noor Salleh Tamamnong

Pengerusi Alumni, SMK SANZAC

KOR KADET POLIS SMK SANZAC

KOR KADET POLIS SMK SANZAC

Seramai 30 orang ahli Kor Kadet Polis SMK SANZAC telah dijemput oleh DBKK melalui JPN SABAH untuk bersama-sama menjayakan Majlis Memperingati Mangsa-Mangsa Perang Petagas Peringkat Negeri Sabah 2018.

Kontingen Kor Kadet Polis SMK Sanzac diketuai oleh ASP KADET SUDIRMAN SINTI & Cik Natassya Lau. Ahli Kor Kadet Polis di ketuai oleh Sarjan Mejar Erina Hazwanie Azhar.

Ujian Segak SSMS


Ujian Segak kali pertama tahun 2018 sudah dilaksanakan pada 18 Januari 2018. Segak dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh atlet murid untuk mengukur kecergasan berdasarkan standard kecergasan fizikal kebangsaan yang ditetapkan. Semua guru dan jurulatih terlibat untuk memastikan semua atlet murid dapat laksanakan ujian ini mengikut aktiviti yang ditetapkan berdasarkan skor standard yang diperakui di peringkat kebangsaan.

Sekolah Menengah PPDKK

Kategori ini adalah untuk aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah sekolah di PPD Kota Kinabalu.Mulai 2018 dokumentasi aktiviti dengan lebih teratur akan mula dilaksanakan oleh Penyelaras Bestari dengan dibantu oleh Guru Guru ICT serta Juruteknik Komputer disekolah masing masing.