Sekolah Menengah PPDKK

Sirket 2 Liga Olahraga KPM

Sirket 2 Liga Olahraga KPM telah diadakan pada 5 – 7 September 2018 bertempat di Sekolah Sukan Negeri Sembilan (SMK Za’Ba). Seramai 14 atlet olahraga dari SSM Sabah telah menyertai sirket 2 ini.


Lawatan Penanda Aras Sekolah Sukan Malaysia Terengganu

Rombongan seramai 7 orang dari Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) yang diketuai oleh En. Huszaidi Bin Hussin, Pengetua SSMT mengadakan lawatan penanda aras ke SSM Sabah. Antara aspek yang menjadi agenda utama dalam penanda aras ialah akademik, Hem, Ko-Kurikulum, UBK dan Frog VLE. Semoga jalinan mesra perkongsian ini dapat diteruskan untuk kemajuan SSM pada masa akan datang.


Majlis Penyerahan 1200 Meja dan 500 Akaun ‘e-paper’ Sin Chew

Majlis penyerahan 1200 meja dan 500 akaun ‘e-paper’ Sin Chew telah berlangsung di Dewan Father John Yong SMJK Shan Tao bermula jam 8.30-9.30 pagi. YB Chan Foong Hin, Ahli Parlimen N.172 Kota Kinabalu telah bermurah hati untuk menyerahkan 1200 meja dan 500 akaun ‘e-paper’ Sin Chew agar murid-murid SMJK Shan Tao dapat belajar dalam keadaan yang kondusif dan dapat melaksanakan PAK21. Beliau juga berharap agar murid-murid merujuk sumber yang boleh dipercayai semasa mencari maklumat secara…


Program Ceramah Motivasi Keibubapaan di SMJK Shan Tao

Program ini telah diadakan mulai jam 7.00-9.30 malam 30 Ogos 2018 bertempat di Dewan Father John Yong. Tajuk ceramah adalah “51 Characters Parents” dan disampaikan daam dwi bahasa oleh penceramah jemputan iaitu En. Hitler Liew. Beliau merupakan bekas pelajar SMJK Shan Tao. Lebih kurang hampir 60 orang ibu bapa yang hadir pada malam tersebut. Program ini sangat menarik kerana ibu bapa yang hadir tidak berganjak dari tempat duduk sehingga majlis selesai


SMK LIKAS MEMENANGI ANUGERAH IMTIYAZ PENGURUSAN MUSOLLA TERBAIK

Surau Nurul Iman, SMK Likas telah terpilih untuk menyertai pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah (ASISS) kali ke 6 tahun 2018. Setelah dinilai, Surau Smk Likas telah memenangi anugerah ini di peringkat Negeri Sabah kategori Musolla (Sekolah Menengah). Majlis penganugerahan disampaikan di Dewan Masyarakat Semporna pada Malam Anugerah Karnival Imtiyaz SMKA/SABK Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada 15 Ogos 2018. Surau Nurul Iman dalam persediaan untuk penilaian di peringkat kebangsaan yang akan diadakan dalam bulan September.


SMK SANZAC JUARA KESELURUHAN PINGAT EMAS PERTANDINGAN “PROJECT BASED LEARNING” 2018

Tarikh: 01 & 02 Ogos 2018 Tempat: SM Lok Yuk, Kota Kinabalu Penganjur: SM Lok Yuk dan Pejabat Pendidikan Daerah Peringkat: Daerah Pencapaian: 4 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa Bidang: Kurikulum Peserta SMK SANZAC: 64 Nur Azima Binti Bidin; Mohd. Aliff Iman Bin Zakaria; Lisa Binti Ismail; Nursyazwani Binti Sabdani; Nur Zainab Binti Julniealam; Farah Nazurah Binti Mohd Adie; Murni Alia Binti Norismairwan; Anis Syahirah M.Safri; Siti Aima Binti Binsali; Azua Azzarina Binti Adnan…


Jessica Harumkan Nama Malaysia Dan Sabah Di Persada Antarabangsa

Jessica Keng Jia Hui, nama yang tidak asing lagi di arena squasy. Kejayaan terkini ratu squasy SMK Inanam ini adalah dengan menjuarai National Junior Championship, CIMB, bagi kategori perempuan bawah 19 tahun. Kejohanan ini telah berlangsung pada 9 hingga 12 Ogos 2018 di Ipoh, Perak.   Terdahulu, kejayaan Jessica dipersada antarabangsa ialah Tempat Kedua Kejohanan Skuasy Terbuka Remaja Hong Kong Perempuan Bawah 17 Tahun yang berlangsung pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2018 di Hong Kong….


Nabilah Bawa Kejayaan Buat SMK Inanam

Kejohanan Golf Sirkit 2 Kebangsaan KPM yang berlangsung di Royal Kampung Kuantan Golf Club, Selangor. Kejohanan kali ini merupakan pusingan ke dua selepas pusingan pertama yang berlangsung di Perak . Kejohanan ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Ogos 2018. Sabah telah menghantar 3 pemain lelaki dan 3 pemain perempuan dalam kejohanan kali ke dua ini. Sepanjang kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu mempertemukan bakat-bakat muda berumur bawah 14 tahun dari…


Minggu Anti Dadah dan Program IMAN 2018

16 Ogos 2018: SMK Inanam dengan jayanya telah melaksanakan Minggu Anti Dadah dan Program IMAN 2018 dengan kerjasama PEMADAM Kota Kinabalu , Sabah. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang minggu ini ialah pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna kategori Pendidikan Khas dan pertandingan deklamasi sajak. Kemuncak acara telah berlangsung pada hari ini dengan disertai oleh pameran agensi luar yang terdiri daripada Jabatan Penjara, Jabatan Kesihatan, PEMADAM dan Polis Diraja Malaysia Cawangan Narkotik. Pelajar dan guru-guru sangat…


Naib Johan Kejohanan Hoki MSSM 2018

Seramai 18 atlet hoki perempuan SSMS yang mewakili pasukan Hoki perempuan Sabah bawah 18 tahun muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Hoki MSSM 2018 yang diadakan di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh. Dalam perlawanan akhir, pasukan Sabah tewas tipis 0:1 kepada pasukan Kuala Lumpur. Tahniah kepada Nor Asfarina Isahyifiqa Binti Isahhidun dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.


LDP 4 : Pengurusan Aset Kerajaan, Fail Meja dan SSDM v2.0

11 Ogos 2018 : Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan SMK Inanam, telah menganjurkan LDP kali ke 4 untuk semua guru dan staf. Slot pertama bertajuk Pengurusan Aset Kerajaan telah disampaikan oleh Encik Sarin Baharudin, Pegawai Aset Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu(PPDKK).   Slot kedua adalah berkaitan Fail Meja dan telah disampaikan oleh PK Kokum SMK Inanam, iaitu Pn. Hjh Jamilah Bt. Hj. Jaafar dan slot ketiga berkenaan SSDM v2.0 telah disampaikan oleh PK HEM, iaitu En. Mohd…



SIMULASI HAJI DAN UMRAH

Simulasi haji dan umrah telah dijalankan dengan jayanya pada 2 Ogos 2018 pada hari Khamis bertempat di Dewan Sri Anggerik Smk Likas.Semua pelajar Tingkatan 4 terlibat dalam program ini.Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap tajuk Pendidikan Islam Tingkatan 4 iaitu Kaifiat Mengerjakan Haji Dan Umrah. Penceramah jemputan Ustaz Haji Lamsin Bin Anggali (Duta Global Travel). Program ini anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Surau Nurul Iman.


Skip to toolbar