Daripada kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu mengucapkan Selamat Hari Jadi Puan Ruhailly Asmari Ketua Unit Pentadbiran PPD Kota Kinabalu, moga Allah sentiasa memberikan rahmat dan berkat dalam menjalankan tugas seharian.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan tujuh Pekeliling Perkhidmatan dan satu Surat Pekeliling Perkhidmatan yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 untuk makluman dan rujukan. Pekeliling-pekeliling yang berkaitan ialah seperti berikut :

i. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017
Kemudahan Cuti Umrah
– Maksimum 7 hari Cuti Tanpa Rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan

ii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2017
Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan
– WP4 : 9.00 pagi hingga 6.00 petang, pulang 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017
Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
– Kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari

iv. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2017
Bayaran Khas Tahun 2017
– Bayaran RM1000.00 pada 8 Januari 2018

v. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2017
Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018
– Bayaran RM500.00 pada 7 Jun 2018

vi. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2017
Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana
– Pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat boleh dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan TBBK

vii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2017
Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung
– Pegawai wanita mengandung 5 bulan dan ke atas & pasangan (penjawat awam), tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing

viii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017
Kebenaran Gantian Cuti Rehat (GCR) Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
– Hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat dan boleh digunakan secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan

-Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Daripada :- 

Unit Pentadbiran 
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu