Program Ziarah Kasih ‘Happy 2 School’ Parlimen Putatan

14 Januari 2018.  Program Ziarah Kasih ‘Happy 2 School ‘telah berlangsung di Dewan Sri Putatan. Empat buah sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu terlibat dalam program berkenaan. SMK Pulau Gaya,SK Pulau Gaya,SK Pulau Sepanggar dan  SK Tanjung Aru 1 . Program tersebut telah berlangsung di Dewan Sri Putatan. Wajah riang terpancar pada muka murid-murid yang menerima bantuan keperluan sekolah yang disampaikan oleh Datuk Seri Panglima Yahya Hussin ,Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah.

Unit Pembangunan Kemanusiaan

Video by Ramli Carlo

Bengkel Dokumentasi Portal PPD Kota Kinabalu Untuk Penyelaras Bestari

Bengkel daripada Unit Pengurusan Maklumat & ICT yang bertujuan untuk mengumpul semua laporan aktiviti di portal PPD Kota Kinabalu.Bengkel ini telah dihadiri oleh semua Ketua Sub PLC Penyelaras Bestari ICT PPD Kota Kinabalu dimana nanti mereka akan membuat bengkel dalam Sub PLC Bestari ICT mereka masing masing.Selama ini aktiviti penting di sekolah sampai ke peringkat Antarabangsa tidak dapat dikumpul dalam satu database yang sama dan kini PPD Kota Kinabalu akan memastikan semua bahan penting itu dapat dicari di Portal PPD Kota Kinabalu untuk rujukan PPD, Pengetua dan Guru Besar akan datang.Bengkel yang bermula jam 9 pagi dan berakhir dengan beberapa perbincangan antaranya :- 

Ucaptama PPD berkaitan KPI VLE 
Pembudayaan email rasmi 1GOVUC 
Mini Karnival Bestari ICT setiap Sub PLC 

CHEER UP! TAKLIMAT AWAL TAHUN PENGURUSAN SPBT 2018

Salam sejahtera Guru Penyelaras SPBT. Tuan/puan dijemput menghadiri Taklimat Awal Tahun Pengurusan SPBT 2018 pada 15 Januari 2018 bertempat di Bilik Sri Manukan PPD KK. Laporan Kekurangan & Kelebihan sekolah masing-masing wajib dibawa bersama bagi melicinkan proses Agihan Dalam Daerah. Surat panggilan taklimat dan Bengkel Jual Beli serta Bahan Pengurusan SPBT PPDKK boleh dimuat turun bagi rujukan dan simpanan tuan/puan.

link Bahan Pengurusan SPBT PPD KK http://bit.ly/SPBTKK17

Unit Pembangunan Kemanusiaan

Taklimat Pengurusan Bestari ICT Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu

Taklimat Pengurusan Bestari ICT PPD Kota Kinabalu hari ini telah dibuka oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Tuan Umin Hj Sadi yang menyentuh berkaitan kejayaan yang telah dicapai oleh Guru Penyelaras Bestari ICT pada tahun 2017 dan kali ini PPD memberikan fokus utama kepada Penyelaras Bestari ICT PPDKK untuk 2018 antaranya adalah :-

  1. VLE 
  2. Pembudayaan email rasmi 1GOVUC 
  3. Mini Karnival setiap Sub PLC Bestari ICT 
  4. Photostory Dokumentasi Sub PLC 
  5. Dokumentasi AKtiviti di Portal Rasmi PPD Kota Kinabalu 

Fokus ini PPD berikan agar Penyelaras Bestari ICT akan dapat memberikan fokus yang lebih baik apa peranan yang bakal mereka laksanakan di peringkat sekolah untuk membantu pentadbiran sekolah dan PPD sendiri.Moga pembudayaan ICT dalam dunia pendidikan akan menjadi agenda utama penyelaras bestari ICT di PPD Kota Kinabalu.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tujuh Pekeliling Perkhidmatan Yang Baharu Berkuatkuasa Mulai 1 Januari 2018

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan tujuh Pekeliling Perkhidmatan dan satu Surat Pekeliling Perkhidmatan yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 untuk makluman dan rujukan. Pekeliling-pekeliling yang berkaitan ialah seperti berikut :

i. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017
Kemudahan Cuti Umrah
– Maksimum 7 hari Cuti Tanpa Rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan

ii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2017
Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan
– WP4 : 9.00 pagi hingga 6.00 petang, pulang 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017
Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
– Kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari

iv. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2017
Bayaran Khas Tahun 2017
– Bayaran RM1000.00 pada 8 Januari 2018

v. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2017
Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018
– Bayaran RM500.00 pada 7 Jun 2018

vi. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2017
Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana
– Pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat boleh dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan TBBK

vii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2017
Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung
– Pegawai wanita mengandung 5 bulan dan ke atas & pasangan (penjawat awam), tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing

viii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017
Kebenaran Gantian Cuti Rehat (GCR) Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
– Hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat dan boleh digunakan secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan

-Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Daripada :- 

Unit Pentadbiran 
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu 

Pegawai Pendidikan Daerah Minggu Pertama Awal Persekolahan 2018

“Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca”

Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan kumpulannya telah turun membuat pemantauan awal tahun pada 2 dan 3 Januari 2018 di Sekolah Rendah Gudon, Sekolah Rendah Darau, Sekolah Menengah Bandaraya dan Sekolah Menengah St Peter Telipok. Pemantauan yang bertujuan memastikan sekolah telah bersedia menghadapi musim persekolahan 2018 

Pemantauan Persekolahan Awal Tahun 2018

Antara Suasana Pemantauan Awal Tahun Persekolahan PPD Kota Kinabalu 2018 

[ngg_images source=”galleries” display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”240″ thumbnail_height=”160″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”0″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”1″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

Hari Keluarga PPD Kota Kinabalu

Hari Keluarga PPD Kota Kinabalu yang telah dilaksanakan di Tanjung Aru Beach dengan kehadiran hampir 200 orang ahli keluarga PPD Kota Kinabalu.

Antara acara acara dalam Hari Keluarga PPD Kota Kinabalu

Walaupun sederhana tetapi sangat memberikan manafaat kepada kekeluargaan PPD Kota Kinabalu.Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan.Selamat Tahun Baru 2018

Tahniah kepada semua Kelab Staff & PPD Kota Kinabalu.

Wajah Baru Portal PPD Kota Kinabalu 2018

Salam dan Selamat Sejahtera semua, PPD Kota Kinabalu membuka lembaran baru 2018 dengan paparan terkini laman web PPD Kota Kinabalu yang akan lebih banyak menggunakan aplikasi handphone apabila membuat kemaskini dan penghantaran maklumat yang lebih mudah dan senang untuk semua pengguna. Namun demikian pembudayaan dokumentasi di laman web PPD ini adalah sangat penting untuk semua warga PPD Kota Kinabalu terutamanya para pegawai yang bakal memberikan maklumat kepada warga pentadbiran di sekolah sekolah di PPD Kota Kinabalu.

Perubahan aplikasi laman web ini kepada WordPress juga akan memudahkan Unit Pengurusan Maklumat & ICT PPD Kota Kinabalu untuk memulakan sesuatu yang baru kepada PPD Kota Kinabalu 2018 ini.Moga perubahan yang cemerlang ini akan turut membawa PPD Kota Kinabalu ke satu tangga kecemerlangan lagi dalam dunia ICT dan Maklumat yang semakin cepat dan mudah ini.

Mohd Idremzizan Idris
Ketua Unit Pengurusan Maklumat & ICT
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu