Taklimat UPMICT Bersama Penyelaras Bestari & ICT

Taklimat UPMICT bersama Penyelaras Bestari ICT telah dilaksanakan pada 3 April 2019 di Bilik Mesyuarat Manukan, PPD Kota Kinabalu dimana dipengerusikan oleh Ketua Unit Pengurusan Maklumat & ICT Mohd Idremzizan Idris bersama Penolong Pegawai Puan Lorrendah menyentuh perkara berkaitan semakan Dokumentasi Portal PPD Kota Kinabalu, Inovasi yang cipta oleh sekolah untuk memudahkan semua aktiviti disekolah. Semakan penggunaan email juga disebut supaya dapat dibudayakan oleh semua warga pentadbir disekolah. 

Tahniah juga kepada TIC MSSS 2018 dimana menjadi salah satu dokumentasi yang baik untuk menyimpan database dan juga aktiviti sukan yang bakal menjadi contoh yang digunakan akan datang bagaimana membuat dokumentasi TIC dalam acara sukan. Bolehlah melayari msss.ppdkk.edu.my bagaimana team TIC membuat tugasan. 

UPMICT juga akan menyampaikan Anugerah kepada semua mereka yang cemerlang pada Karnival Cip di Oceanus, Kota Kinabalu pada 13 April 2019. Tahniah kepada semua penerima anugerah ini nanti.

Be the first to comment on "Taklimat UPMICT Bersama Penyelaras Bestari & ICT"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Skip to toolbar