SKK SJK ( C ) St.James telah mengadakan kem motivasi untuk murid-murid Tahun 6 pada 9 Mei 2025 bersamaan hari Jumaat yang lalu. Kem Motivasi Tahun Enam ini telah berlangsung dengan lancarnya bersama penceramah jemputan, pastor Chen Hui Yun dari gereja Glory. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan kesedaran dalam kalangan murid sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Sepanjang sesi, tiga topik utama telah dibincangkan. Topik pertama menyentuh aspek pembelajaran berkesan termasuk teknik belajar yang tersusun, pengurusan masa yang baik, serta pembentukan sikap positif terhadap pelajaran.
Topik kedua pula menekankan kepentingan membina hubungan yang sihat sesama rakan seperti mengamalkan sikap hormat-menghormati, saling menyokong dan menjauhi budaya buli. Seterusnya, topik ketiga menyentuh pendidikan seks yang disampaikan secara berhemah dan bersesuaian dengan tahap umur murid. Antara perkara penting yang ditekankan ialah keperluan menjauhi bahan lucah dan mengelakkan hubungan seks sebelum perkahwinan serta menjaga maruah dan keselamatan diri.
Kem ini turut dimeriahkan dengan aktiviti santai dan menyeronokkan iaitu sesi membuat sandwich,kek dan burger oleh murid-murid Tahun Enam. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana malah dapat menggalakkan kerjasama, kreativiti dan semangat kekitaan dalam kalangan murid.
Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak positif dan diharapkan dapat membimbing murid ke arah kehidupan yang lebih bertanggungjawab dan masa depan yang cemerlang.