SKK St.James telah mengadakan Majlis Perasmian pembukaan Sesi Persekolahan 2025 yang dirasmikan oleh Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Yee Tsai Yiew (J.P). Dalam majlis tersebut, beliau menekankan kepentingan pendidikan sebagai asas kejayaan masa depan.
Majlis turut dihadiri oleh pegawai perhubungan sekolah dan YDP PIBG serta ahlinya yang tentunya menyokong usaha mempertingkatkan mutu pendidikan. Acara kemuncak majlis ialah upacara angkat sumpah oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Ahli Kebersihan Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya yang melambangkan komitmen mereka dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga sekolah dalam menempuh sesi persekolahan 2025 dengan lebih cemerlang.
Bersama Melangkah, Menuju Kejayaan