12 Oktober 2024 – Majlis Graduasi Kali ke-22 Tahun 2024 telah dilaksanakan di Hotel Raia, Kota Kinabalu. Antara objektif program ini dijalankan ialah untuk meraikan murid-murid atas kejayaan mereka mengharungi alam persekolahan dan hampir menamatkan zaman persekolahan di SMK Taman Tun Fuad, menyuntik semangat baharu dalam kalangan murid khususnya murid Tingkatan 5 agar dapat menghadapi Peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan positif, menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan membudayakan pengurusan KBAT dalam kalangan ahli jawatankuasa pengurusan sekolah.
Majlis yang bertemakan “Aspirasi Generasi Madani, Tonggak Kesejahteraan Negara” ini telah dirasmikan oleh Puan Masniah Bt Masri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan turut dimeriahkan oleh En. Mohd Kamal Bin A. Hamid, Kaunselor Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Dr Morni Bin Kambrie, Yang Di Pertua PIBG serta barisan exco PIBG yang lain. Seramai 125 orang murid aliran perdana dan 15 orang murid PPKI telah menerima sijil tamat tingkatan 5 pada tahun ini dan turut diraikan oleh ibu bapa masing-masing. Diharapkan aktiviti ini akan terus mendapat sokongan padu daripada semua pihak dan meningkatkan prestasi kecemerlangan semua murid.











