JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH DI DEWAN SJK (C) St. JAMES

JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH DI DEWAN SJK (C) St. JAMES

Tanggal 31 Ogos merupakan hari bersejarah bagi negara kita, Malaysia. SJK (C) St James juga tidak ketinggalan untuk meraikan hari yang penuh bersejarah ini di dewan SJK (C) St James.

 

Majlis pelancaran bulan merdeka peringkat sekolah ini diadakan pada hari Isnin, 26 Ogos 2024. Kibaran bendera dari murid- murid serta laungan lantang “Merdeka!” oleh Guru Besar, Encik Andrew Chong Man Kuen, menggema di seluruh dewan, menggetarkan jiwa dan menyuburkan rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air tercinta.

 

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti  Panitia Sejarah bagi memupuk semangat patriotrisme dalam kalangan murid- murid serta warga sekolah.

 

Semoga aktiviti ini diteruskan pada masa hadapan dengan harapan titik-titik bersejarah negara tidak akan ditelan arus kemodenan. Dengan jiwa yang merdeka, kita berdiri teguh, mengukir masa depan berlandaskan warisan gemilang.

 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply