26 OGOS 2024 – SMK Taman Tun Fuad telah dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Sekolah Bersih dan Hijau anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dalam Kempen Kesedaran My City, My Responsibility 2.0 sempena Bulan Kebangsaan tahun 2024. Selain itu, SMK Taman Tun Fuad juga diumum sebagai Johan keseluruhan kategori khas Pertandingan Kutipan Berat Kitar Semula.
Pengiktirafan Sekolah Bersih dan Hijau adalah bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar dengan mendidik warga sekolah dan pelajar tentang kaedah pembuangan sampah yang betul serta membudayakan konsep hijau yang dipromosikan melalui kempen tersebut iaitu 3R (Reduce, Reuse dan Recycle). Usaha Jabatan Sisa Pepejal, DBKK perlu diberi pujian kerana mempromosikan salah satu komponen Bersih dan Hijau ini dalam kalangan sekolah-sekolah di daerah Kota Kinabalu. Ini secara tidak langsung dapat menyokong usaha DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandaraya bersih dan bebas dari sampah.
Dalam pada itu, sekolah turut menghantar 4 orang murid iaitu Sairafen Francis Juda, Mohd Izzulhaiqal bin Awang Mohd Asymawie, Ferderyson Andrean Foreman dan Mohd Nadzil bin Baharuddin bagi Pertandingan Rekacipta di bawah bimbingan En. Mohd Shobrie Jaafar dengan projek Akuaponik dan telah mendapat hadiah saguhati.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan di Imago Shopping Mall pada 17 Ogos 2024 dan dirasmikan oleh YB Datuk Abidin Madingkir. Puan Pengetua, Pn. Halija binti Hj Jonggang turut meluangkan masa hadir bersama menerima anugerah bagi pihak sekolah.
Semoga pengiktirafan Sekolah Bersih dan Hijau ini dapat merealisasiskan hasrat pihak sekolah ke arah sifar sampah dan sisa buangan dan membudayakan amalan kebersihan pada setiap masa. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada warga SMKTTF atas komitmen, kerjasama dan usaha murni tersebut.