Peragaan fesyen pakaian yang bertemakan serangga telah diadakan di SJK( C ) St.James pada 8 Ogos 2024 (Khamis).
Aktiviti ini merupakan gabungan kolaborasi di antara Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Seni. Aktiviti ini julung kali diadakan di SJK ( C ) St.James. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat kreativiti murid-murid dalam mencipta baju idaman mereka yang bertemakan serangga. Tambahan pula, aktiviti ini dapat memupuk nilai kesabaran dan keyakinan murid-murid dalam dunia fesyen.
Model cilik begitu komited dalam menggayakan baju ciptaan mereka yang unik kepada para penonton yang hadir di dewan. Sorakan dari para penonton menambahkan keyakinan para peserta untuk lebih beraksi di atas pentas.
Semoga aktiviti ini boleh membawa lebih penyertaan yang lebih hangat di kalangan murid-murid lain pada masa hadapan. Teruskan berusaha,warga St. James!